Mampukah ana tersenyum lagi..
Terima kasih buatmu yang sentiasa memahami dan megajar aku untuk terus
bahagia, tersenyum, dan percaya diri sendiri
Senyum...
ya buat pertama kalinya
ana tersenyum lagi
senyum bila harapan datang lagi
senyum bila pasti kelukaan lalu, berlalu pergi
senyum bila memikirkan nasib ini
senyum bila keluarga dan sahabat sentiasa di sisi
senyum bila dia mengetahui isi hati selama ini
senyum bila dia memberi semangat
untuk terus kuat dan menjalani perjalanan hidup ini
Dunia yang berbeza..
banyak perbezaan kehidupan
namun rasa bahagia itu sentiasa hadir
serasi, sependapat dan memahami
ketahuilah ia amat bermakna sekali
kejujuran dan sefahaman itu mewujudkan perasaan
yang amat menyentuh hati
dia amat berbeza..
sungguh teguhnya agama padamu
ia menyapa hati dengan halus sekali
membuat perasaan ini
merasa bersyukur mengenali ikatan itu
yang tejalin secara diam2..
Malam yang indah..
bila menonton semula
'Ketika Cinta bertasbih'
ia membuat ana terfikirkan
untuk melihatmu..
mengingatimu membuat ana malu
keinginan itu pelik sungguh
keinginan ana ingin melihat kepada indahnya
pemandangan di kawasan bukit..dan
pemandangan tepi pantai di waktu pagi dan senja
sungguh halus perasaan itu
'Subhanallah'
sungguh indah perasaan anugerah-Nya
bila wujudnya Cinta sesama manusia
moga diri sentisa beringat
Sentiasa melakukan kebaikan dan
meningalkan larang
Segan dan malu..
bila memikirkannya
tidak terdetik langsung
dirimu akan mengetahui isi hati ini
kerana ia tersimpan di hati ana yang
tak mungkin ana luahkan
kerana ana sedar ana siapa
perbezaan itu tetap ada
ana jatuh cinta kepadanya
kerana dia adalah dia
kerana agamanya
kerana ikhlas, jujur dan keimananya
itu sudah cukup
untuk mengajar ana yang kurang ilmu agama
maafkan ana
kerana telah jatuh cinta
Andai jodoh itu ada
ana amat bahagia
walau ini hanya cerita fantasi
di dunia yang berbeza
dunia melalui kecanggihan zaman sekarang
dan dia tidak mungkin
mengetahui..
isi hati ini
"Jodoh sudah ada cuma belum berjumpa"
Ouch.....
ReplyDeleteakak, nie sekadar puisi hehhe..tak tahu mgapa adik suka berkarya sejak lihat kesenian anahittah :)
ReplyDelete