Wajah berseri bibir kemerahan
engkau digelar Aisyah Umairah ...
mesti pernah dgr lirik lagu nasyid ni kan?
jom kita sama2 mengatahui kisah Beliau
tq dri blog yg share ceta ni...
perkongsian anda memberi maklumat yg cukup istimewa :)
Sekadar Hiasan |
Kisah hidup Saidatina Aisyah r.a. telah membuktikan bahawa wanita mampu
menguasai bidang keilmuan mengatasi kaum lelaki serta mampu menjadi pendidik
kepada para ilmuan dan pakar-pakar pelbagai bidang. Kehidupan beliau juga
menjadi bukti kemampuan wanita dalam mempengaruhi pandangan masyarakat, baik
lelaki mahupun perempuan, serta membekalkan sumber inspirasi and kepimpinan
yang mantap. Wanita yang kaya dengan pekerti tinggi,lemah lembut serta sopan
santun ini juga telah membawa kebahagiaan dan ketenangan hati yang tidak putus
kepada suaminya.
Saidatina Aisyah r.a. bukan seorang graduan dari mana-mana universiti memandangkan belum wujud lagi institusi sedemikian pada ketika hayat beliau seperti yang ada sekarang. Namun begitu, lafaz ucapan beliau menjadi bahan kajian dalam bidang sastera, fatwa- fatwa syariah yang beliau keluarkan dikaji di institusi-instusi perundangan, hidup dan hasil pengkajian beliau diteliti oleh para mahasiswa dan pendidik dalam pengkajian sejarah Islam sejak seribu tahun yang lalu.
Khazanah pengetahuan yang dimiliki Saidatina Aisyah r.a. diperoleh sejak beliau masih seorang kanak-kanak. Pada usia mudanya, Aisyah r.a. dibesarkan oleh bapanya, seorang Muslim yang dihormati dan disegani ramai lantaran ketinggian ilmunya, kelembutan budi pekertinya serta peribadinya yang disegangi ramai. Tambahan pula, beliau sahabat yang paling rapat dengan Rasulullah s.a.w. serta merupakan pengunjung setia ke rumah Rasulullah s.a.w. sejak zaman awal kerasulan baginda.
Semenjak beliau muda, Aisyah r.a. yang terkenal dengan paras rupanya yang menawan serta daya ingatan yang kuat, diletakkan di bawah jagaan Rasulullah s.a.w. sendiri. Sebagai isteri serta pendamping baginda Rasulullah, Aisyah r.a. berpeluang menimba ilmu pengetahuan dari baginda sehingga ke tahap yang tidak mungkin ditandingi oleh wanita-wanita lain.
Aisyah r.a. menjadi isteri Rasulullah s.a.w. di Mekah di sekitar usia beliau
mencecah sepuluh tahun, namun hanya mula menjalankan tanggungjawab sebagai
seorang isteri setelah tahun kedua Hijrah, iaitu ketika usia beliau sekitar
empatbelas hingga limabelas tahun. Pada waktu sebelum dan selepas pernikahan
beliau, Aisyah r.a. tetap mempamerkan kegirangan serta sifat semulajadi seorang
kanak-kanak. Beliau seidkit pun tidak teruja dengan statusnya sebagai isteri
kepada seorang Nabi Allah yang begitu disanjungi dan dikasihi oleh para
sahabat. Ini termasuklah kedua ibubapa Aisyah sendiri yang menumpukan sepenuh
kasih saying serta hormat mereka kepada Rasulullah s.a.w. berbanding orang
lain.
Berkenaan pernikahan beliau kepada Rasulullah s.a.w., Aisyah r.a. menceritakan, sejurus sebelum beliau ditetapkan meninggalkan rumahnya, beliau telah keluar ke halaman rumah untuk bermain-main dengan rakannya yang sedang berlalu di situ:“Aku sendang bermain di atas jungkang-jungkit dan rambutku yang panjang telah menjadi kusut” kata beliau. “Mereka datang mendapatkan ku dari permainan ku lalu menyiapkan ku.”
Saidatina Aisyah r.a. dipakaikan pakaian pengantinnya yang diperbuat dari
sutera halus berjalur merah dari Bahrain. Seterusnya beliau dibawa oleh ibunya
ke rumahnya yang baru siap dibina serta disambut oleh wanita-wanita Ansar di
muka pintu. Mereka manyambutnya dengan ucapan “Demi kebaikan dan kebahagiaan
dan semoga diiringi kesenangan.” Dalam kehadiran baginda Rasulullah yang sedang
tersenyum lembut, semangkuk susu dibawa kepada mereka. Rasulullah s.a.w. minum
darinya lalu memberikan susu itu kepada Aisyah. Aisyah dengan segan silu
menolak pelawaan Rasulullah itu. Namun apabila Rasulullah sekali lagi menyuruh
Aisyah minum dari semangkuk susu itu, Aisyah pun berbuat demikian. Seterusnya
mangkuk itu diberikan kepada kakak beliau, Asma, yang berada di sisinya serta
diedarkan kepada mereka yang hadir di situ. Itulah keraian yang menandai
pernikahan baginda Rasulullah dengan saidatina Aisyah yang dijalankan dalam
penuh kesederhanaan.
Status beliau sebagai isteri Rasulullah s.a.w. tidak merubah sifat riang
Aisyah sebagai seorang kanak-kanak. Rakan-rakan beliau sering berkunjung ke
rumah untuk bermain-main dengannya.
‘Sedang aku bermain dengan permainanku,’cerita Saidatina Aisyah
r.a.,’bersamaku ada kawan-kawanku, dan datang baginda Rasulullah kepadaku, lalu
mereka akan keluar meninggalkanku, akan tetapi Rasulullah keluar mendapatkan
rakan-rakanku itu dan membawa mereka kembali kerana baginda senang denganku
bermain dengan mereka.’ ‘Kadangkala baginda berkata, “Tinggal di situ, wahai
Aisyah,” dan sebelum sempat rakan-rakanku meninggalkanku, baginda akan turut
serta dalam permainan kami’. Kata Aisyah r.a. ‘Suatu hari, baginda Rasulullah
datang ketika aku sedang bermain-main dengan anak patungku, dan baginda
berkata, “Wahai Aisyah, permainan apakah ini?” “Inilah kuda-kuda Sulaiman,”
kata ku dan baginda pun tertawa.’ Ada ketika apabila baginda pulang ketika Aisyah
sedang bermain dengan rakan-rakannya, baginda Rasulullah akan berselindung di
sebalik jubahnya agar tidak mengganggu Aisyah dan rakan-rakan beliau yang
sedang bermain.
Detik-detik awal kehidupan Aisyah r.a. di Madinah turut melalui saat-saat
yang mencabar. Pada suatu ketika, bapa beliau bersama dua orang sahabat yang
tinggal bersamanya ketika itu telah diserang demam panas yang sering melanda
Madinah pada musim-musim tertentu. Ketika Aisyah menziarahi bapanya, beliau
terkejut melihat ketia-tiga orang lelaki itu sedang terlantar dalam keadaan
tenat dan lemah. Aisyah bertanyakan khabar bapanya itu namun jawapan yang
diberi bapa beliau tidak dapat difahami. Dua orang sahabat yang sedang tenat
itu juga mengeluarkan baris-baris puisi yang difikirkan Aisyah hanyalah ratapan
seorang yang sedang sakit tenat. Saidatina Aisyah berasa gusar lalu pulang
menceritakan peristiwa itu kepada baginda Rasulullah s.a.w.:
‘Mereka maracau-racau, tidak keruan, disebabkan demam panas itu,’ Kemudian
Rasulullah bertanya kepada Aisyah apa yang diperkatakan oleh bapanya serta dua
orang sahabat yang sedang sakit tadi. Baginda berasa lega setelah Aisyah
mengulangi setiap apa yang dikatakan oleh mereka walaupun kata-kata itu belum
mampu difahami oleh Aisyah sendiri. Peristiwa ini menggambarkan daya ingatan
Aisyah yang begitu kuat yang bakal memainkan peranan penting dalam meriwayatkan
hadith-hadith baginda Rasulullah s.a.w.
Di kalangan isteri-isteri baginda di Madinah, Aisyah nyata sekali merupakan
kesayangan Rasulullah s.a.w. Dari masa ke semasa, salah seorang sahabat baginda
akan bertanya,:
‘Wahai Rasulullah, siapakah yang paling kau sayangi di dunia ini?’ Jawab
baginda sering berbeza-beza kerana baginda begitu mengasihi anak-anak serta
cucu-cucunya, sahabat baginda Abu Bakar, Ali, Zaid serta anak beliau Usamah.
Namun di kalangan isteri baginda yand sering disebut hanyalah Aisyah. Aisyah
sendiri begitu mengasihi baginda Rasulullah serta sering meminta kepastian
tentang kasih baginda terhadapnya. Pernah suatu ketika Aisyah r.a. bertanya kepada
Rasulullah, ‘Bagaimanakah kasihmu terhadapku?’
‘Seperti ikatan simpulan tali,’ jawab baginda yang bermaksud kasihnya itu
kuat dan kukuh. Lalu pada waktu-waktu seterusnya Saidatina Aisyah r.a. akan
bertanya kepada Rasulullah, ‘Bagaimana keadaan simpulan itu?’ dan jawab baginda
‘Demi Allah, masih sama (kukuh)’.
Begitu kasihnya Aisyah kepada baginda Rasulullah sehinggakan lahir rasa
cemburu dan tidak berpuas hati sekiranya perhatian Rasulullah dicurahkan kepada
orang lain melebihi dirinya sendiri. Aisyah bertanya kepada baginda,:
‘Wahai Rasul Allah, katakan sendiri padaku. Sekiranya engkau berada di
antara dua lembah, yang satunya tidak pernah diragut rumputnya sedangkan yang
satu lagi sudah pernah diragut rumputnya, dimanakah akan engkau lepaskan
ternakkanmu?’
‘Di lembah yang rumputnya belum pernah diragut,’ jawab Rasulullah. ‘Namun
begitu,’kata beliau ‘aku tidaklah seperti isteri-isterimu yang lain. Setiap
orang dari mereka pernah mempunyai suami yang lain sebelum mu kecuali diriku.’
Rasulullah hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa.
Cerita Aisyah lagi tentang
sikap cemburunya itu:
‘Aku tidak mencemburui isteri-isteri Rasulullah yang lain sebagaimana aku
mencemburui Khadijah, disebabkan baginda sering menyebut-nyebut nama Khadijah
serta telah diperintahkan Allah untuk menyampaikan berita gembira kepada
Khadijah tentang mahligainya di syurga yang bertatahkan permata. Setiap kali
baginda Rasulullah membuat sembelihan, pasti akan diberikan sebahagian daripada
daging sembelihan itu kepada teman-teman rapat Khadijah. Berkali-kali pernah ku
katakan kepada baginda, “Seolah-olah tidak pernah ada wanita lain di dunia in
selain Khadijah,”
Pernah suatu ketika Aisyah mengadu tentang sikap Rasulullah yang begitu
memandang tinggi terhadap ‘seorang wanita tua Quraisy’, baginda berasa
tersinggung lalu berkata: ‘Dialah isteri yang mempercayai diriku sedangkan
orang lain menafikan diriku. Sedangkan orang lain mendustai ku, dia meyakinkan
kebenaranku. Sedang aku dipulaukan, dia membelanjakan segala harta kekayaannya
untuk meringankan beban sengsara ku.’
Walaupun Aisyah memiliki sifat cemburu yang sebenarnya tidak membawa kepada
keburukan, beliau sesungguhnya seorang yang amat pemurah dan penyabar. Beliau
mengharungi kehidupan yang serba kekurangan bersama isteri-isteri Rasulullah
yang lain. Beliau tidak betah hidup tanpa sesuap makanan pun dalam jangka waktu
yang panjang. Berhari-hari lamanya dapur rumah beliau tidak berasap dan beliau
hidup bersama Rasulullah di atas buah tamar dan air semata-mata. Hidupnya yang
miskin tidak membawa sebarang tekanan atau memalukan Aisyah r.a.; hidup
berdikari tidak mengganggu cara hidup beliau walau sedikit pun.
Pernah suatu ketika, Rasulullah telah memutuskan perhubungan dengan
isteri-isteri baginda sehingga sebulan lamanya. Ini disebabkan mereka meminta
sesuatu yang Rasulullah tidak mampu berikan. Peristiwa ini berlaku selepas
peperangan di Khaibar dimana kemenangan umat Islam membawa harta rampasan serta
membuahkan keinginan terhadap harta kekayaan. Setelah kembali dari beruzlah,
baginda Rasulullah pertama sekali menuju ke rumah Aisyah. Beliau begitu gembira
melihat baginda telah kembali, namun Rasulullah mengkhabarkan kepadanya tentang
penerimaan wahyu yang menyuruh baginda memberikan Aisyah dua pilihan.
Baginda
seterusnya membacakan ayat :
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: “Jika kamu sekalian
mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan
kepadamu mut’ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu
sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasulnya-Nya serta (kesenangan) di
negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat
baik diantaramu pahala yang besar.” (al-Ahzab 28-29)
Jawab Aisyah:
‘Sesungguhnya aku memilih Allah dan RasulNya dan kehidupan di akhirat,’ dan
jawabnya itu disetujui isteri-isteri baginda yang lain.
Beliau setia terhadap pilihannya itu sepanjang hidupnya bersama Rasulullah
dan begitu juga setelah kewafatan baginda. Apabila umat Islam dilimpahi harta
kekayaan yang banyak, beliau pernah dihadiahkan seratus ribu dirham. Walaupun
ketika itu beliau sedang berpuasa dan hidup dalam kekurangan, seluruh pemberian
itu disedekahkan kepada fakir miskin. Sejurus selepas itu, seorang pembantu
rumahnya bertanya, ‘Bolehkan engkau menggunakan satu dirham untuk membeli
daging buat berbuka puasa?’
‘Jika aku terfikirkan hal ini tadi, pasti aku sudah melakukannya,’ jawab
Aisyah r.a. Kasih sayang Rasulullah terhadap Aisyah berkekalan sehingga akhir
hayat baginda. Ketika baginda sedang nazak, baginda telah pulang ke rumah Aisyah
atas izinisteri-isteri baginda yang lain. Kebanyakan masa baginda hanya
terlantar di katil dengan kepala baginda di atas pangkuan Aisyah. Saiditina
Aisyah telah meminta kayu siwak dari abangnya (or adik lelaki?) serta mengunyah
kayu siwak itu untuk melembutkannya lalu diberikan kepada Rasulullah. Walaupun
sudah berkeadaan tenat, baginda menggosok gigi baginda dengan
bersungguh-sungguh. Tidak lama kemudian, baginda jatuh pengsan dan tidak
sedarkan diri dan Aisyah melihat itu adalah tanda-tanda ajal baginda telah
sampai. Namun sejam kemudian, baginda kembali membuka mata.
Aisyahlah yang menyaksikan dan menyampaikan kisah saat-saat akhir sebelum
kewafatan insan mulia ini, kekasih Allah moga dilimpahi rahmatNya.
Setelah baginda sedar kembali, Aisyah mengingati Izrail telah berkata
kepadanya: ‘Tidak seorang Nabi itu diambil nyawanya melainkan dia telah
ditunjukkan tempatnya di syurga serta diberikan pilihan samada untuk hidup atau
mati,’
‘Baginda tidak akan memilih untuk bersama kita,’ kata Aisyah pada dirinya.
Kemudian Aisyah terdengar baginda berkata, ‘Demi pertemuan agung di syurga,
demi hamba-hambanya yang dilimpahi rahmatNya, para Nabi, para syuhada’ dan
orang-orang yang beriman….’ Dan sekali lagi beliau terdengar baginda berkata
‘ya Tuhanku, demi pertemuan agung di syurga…’ Inilah kata-kata terakhir baginda
yang didengar oleh Saidatina Aisyah r.a. Sedikit demi sedikit, kepala
Rasulullah semakin berat di pangkuan Aisyah, sehinggalah sahabat-sahabat yang
lain mula menitiskan air mata. Lalu Aisyah meletakkan kepala Rasulullah di atas
bantal dan turut serta menangisi permergian baginda.
Di lantai rumah Aisyah, berhampiran tempat pembaringan Rasulullah ketika
baginda sedang nazak, sebuah kubur digali dan di situlah bersemadi jasad
penutup segala Nabi, di kala umatnya sedang dalam kegelisahan dan kesedihan
yang mendalam.
Aisyah hidup selama hampir lima puluh tahun setelah kewafatan Rasulullah
s.a.w. Sepuluh tahun hidup beliau sebagai isteri Rasululluah. Sebahagian besar
waktu itu diluangkan dengan mempelajari dua sumber penting petunjuk Allah,
iaitu al-Quran dan sunnah Rasulullah. Tiga orang daripada isteri-isteri
Rasulullah yang menghafaz al-Quran, dan salah seorang daripadanya adalah Aisyah
r.a.(di samping Ummu Salamah dan Hafsah). Seperti Hafsah, Aisyah juga mempunyai
salinan al-Quran yang ditulis setelah kewafatan Rasulullah.
Berkenaan dengan hadith baginda Rasulullah, Aisyah merupakan salah seorang
daripada empat orang sahabat (termasuk Abu Hurairah, Abdullah ibn Umar dan Anas
Ibn Malik) yang meriwayatkan lebih dua ribu hadith. Kebanyakan hadith-hadith
ini berkaitan amalan-amalan peribadi Rasulullah yang hanya mampu diketahui oleh
Aisyah r.a. Satu aspek penting berkenaan hadith yang diriwayatkan Aisyah ialah
hadith-hadith tersebut disampaikan dalam bentuk tulisan oleh, antara lainnya,
anak saudara beliau, Urwah ibn az-Zubair yang merupakan salah seorang ulama’
terkenal di kalangan tabi’in.
Ramai di kalangan sahabat Rasulullah dan pengikut-pengikut mereka yang
menimba dari ilmu pengetahuan Aisyah r.a. Abu Musa al’Ashari pernah berkata:
‘Sekiranya kami di kalangan sahabat Rasulullah menghadapi kemusykilan, maka
akan kami bawa kepada Saidatina Aisyah r.a.’
Urwah ibn az-Zubair menegaskan bahawa Aisyah bukan sahaja arif dalam bidang
fiqh, bahkan juga dalam bidang tibb(perubatan) dan syair. Ramai di kalangan
sahabat baginda Rasulullah turut merujuk kepada Aisyah berkenaan masalah
pewarisan harta yang memerlukan kemahiran tinggi dalam bidang matematik. Para
ulama menganggap Saidatina Aisyah sebagai salah seorang ahli fuqaha Islam
terawal di samping Umar Ibn al-Khattab, Ali dan Abdullah ibn Abbas. Kata
baginda Rasulullah tentang dalamnya pengetahuan Aisyah dalam Islam;
‘Pelajarilah sebahagian daripada agamamu dari al-Humaira’,’Al-Humaira, atau ‘si
merah’ adalah nama panggilan Rasulullah kepada Saidatina Aisyah r.a.
Saidatina Aisyah r.a. bukan sahaja memiliki ketinggian ilmu pengetahuan,
bahkan turut memainkan peranan penting dalam proses pendidikan dan pembentukan
masyarakat ketika itu. Sebagai seorang guru, beliau memiliki lisan yang jelas
dan menarik hati serta kelancaran bertutur kata beliau digambarkan dengan
begitu tinggi oleh al-Ahnaf: ‘Aku pernah mendengar ucapan dari Abu Bakar dan
Umar, dari Uthman dan Ali serta para khulafa’ hingga ke hari ini, tetapi belum
pernah aku mendengar ucapan yang lebih indah dan lebih menarik hati dari mulut
seorang pun melainkan Aisyah r.a.’
Manusia dari segenap pelusuk tanah Arab telah pergi menemui Aisyah untuk
mempelajari ilmu yang dimilikinya. Dikatakan lebih ramai bilangan wanita daripada
lelaki yang datang untuk menimba ilmu daripada beliau. Di samping menjelaskan
kemusykilan orang ramai, beliau turut mengambil anak-anak kecil, ada di
kalangan mereka yatim piatu, untuk dibesarkan dan dilatih di bawah bimbingannya
sendiri. Di samping itu juga terdapat saudara-saudara beliau yang mendapat
bimbingan yang sama. Dengan demikian, rumah Saidatina Aisyah r.a. dijadikan
sekolah dan sebuah institusi pengajian.
Ada di kalangan anak-anak didikan Aisyah yang cemerlang di bawah pimpinan
beliau. Sudah disebut sebelum ini tentang anak saudara lelaki beliau iaitu
Urwah ibn az-Zubair sebagai salah seorang perawi hadith terkemuka. Di antara
pelajar wanita didikan Aisyah ialah Umrah binti Abdur Rahman. Umrah dianggap
oleh para ulama’ sebagai seorang perawi hadith yang thiqah dan dikatakan
bertindak sebagai setiausaha Aisyah r.a dalam menerima dan menjawab surat-surat
yang diterima Aisyah. Peranan Aisyah dalam menggerakkan proses pendidikan
terutamanya bagi kaum wanita seharusnya dijadikan contoh ikutan.
Selepas Khadijah al-Kubra (yang hebat) dan Fatimah az-Zahra (yang menawan),
Aisyah as-Siddiqah (yang membenarkan) dianggap sebagai wanita terbaik dalam
Islam. Dari keteguhan peribadinya, beliau menjadi seorang pakar dalam setiap
bidang pengetahuan, dalam masyarakat, politik bahkan peperangan. Beliau sering
menyesali penglibatannya dalam peperangan namun dibarkahi dengan umur yang
panjang berpeluang membetulkan kedudukannya sebagai wanita paling dihormati
sewaktu hayatnya. Beliau kembali ke rahmatullah dalam bulan Ramadhan pada tahun
kelima puluh lapan selepas Hijrah. Atas arahan beliau sendiri, jasadnya
disemadikan di Jannat al-Baqi di Madinah al-Munawwarah, di kalangan sahabat
baginda Rasulullah s.a.w.
No comments:
Post a Comment