Wednesday, November 24, 2010

my first post

Assalamualaikum....

      Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya...kerana ini ialah blog post saya yang pertama.Dalam blog saya yang pertama ini,menceritakan budaya yang terdapat di negeri kelahiran saya Sabah.Seperti yang kita sedia maklum,negara Malaysia memang terkenal dengan masyarakat majmuk iaitu pelbagai agama,bangsa dan budaya.Selain negeri Sarawak,Sabah juga terkenal dengan Masyarakat majmuk seperti Bajau,Kadazandusun,Irranun dan Bugis.


BAJAU 

     Bajau dan kumpulan yang sama telah menetap di pantai barat dan timur Sabah sejak beberapa ratus tahun dan diiktiraf sebagai penduduk asli dan antara bumiputera terbesar di negeri Ѕabah dan sekitarnya. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat di samping menunggang kuda dan Bajau di Pantai Timur Ѕabah sebagai nelayan dan penyelam yang mahir.

     Orang Bajau merupakan penyelam dan pengutip hasil laut mahir yang menggunakan cara penangkapan tradisional pada masa dahulu. Di Sabah, mereka adalah nelayan yang tinggal di daerah Semporna sementara di daerah Kota Belud, Papar dan Tuaran mereka adalah nelayan, pesawah dan penternak serta bercucuk tanam. Bajau Кota Вelud pula digelar “Koboi Sabah” mini kerana Bajau sudah lama terkenal dengan penunggang Ku dan menjadi pesawah serta penternak.Pada masa yang sama juga,masyarakat Bajau Pantai Timur Sabah khasnya dari daerah Semporna juga mendapat gelaran istimewa dan unik seperti “sea gypsies,Panglima Dilaut,Pelaut dan Pelayar Terunggul.”

    Orang Bajau boleh dibahagikan kepada Orang Bajau Pantai Barat yang menetap di sekitar Putatan.tuaran, kota Belud dan Papar.Manakala Orang Bajau Pantai Τimur pula menetap di sekitar Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Semporna, dan Tawau.

    Bajau yang berasal daripada daerah Kota Belud dan Tuaran pula amat di kenali di seluruh dunia sebagai 'cowboy of the east' kerana kemahiran dan kecekapan mereka dalam menunggang kuda yang tiada tolok tandingnya. Selain mereka pakar dalam pembuatan pedang Samurai yang dipercayai di perturunkan oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu kepada kaum Bajau dan Irranun di Kota Belud. Pedang Samurai daripada Kota Belud amat tinggi kualiti dan senang di dapati sehinggakan menjadi tarikan dan cenderamata yang harus di beli oleh para pengunjung yang singgah di Kota Belud.

    Orang Bajau Pantai Вarat adalah berbeza dengan Orang Bajau Рantai Timur khususnya daerah Lahad Datu dan Semporna. Dari segi pertuturan, pakaian tradisi, adat resam dan budaya hidup adalah sangat berbeza. Masyarakat Bajau Pantai Barat banyak yang terlibat dengan pertanian sawah padi manakala masyarakat Bajau Semporna terkenal dengan kegiatan penangkapan hasil laut.

KADAZANDUSUN


    Kadazan dusun merupakan salah satu kaum bumiputera yang terdapat di Sabah.Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman

PESTA POPULAR DI SABAH

Tamu besar merupakan tamu yang terbesar yang diraikan oleh masyarakat Sabah.Tamu besar adalah acara tahunan dan memperkenalkan keunikan adat dan budaya kaum bajau.Semua kaum akan tampil berpakaian baju tradisi kaum masing-masing selama 3 hari.Para peetani,nelayan dan peniaga kecil akan mempamerkan hasil mereka yang terbaik untuk di jual kepada orang ramai.

 

PESTA KEAMATAN
  
    Pesta keamatan disambut bagi meraikan tuaian baik dan di sambut meriah oleh kaum yang lain.Pesta ini juga dikenali sebagai 'tadau keamatan' dan di sambut sepanjang bulan Mei,walaupun perayaan ini sebenarnya pada tarikh 30-31 Mei.Pada hari kemuncak perayaan ini adalah peraduan 'uduk nadau' ( ratu cantik ) dan terdapat pelbagai persembahan tarian seperti Sumazau.



 PESTA JAGUNG      

    Pesta ini diadakan di daerah Kota Marudu bagi meraikan industri jagung.Pesta ini menampilkan pelbagai kegiatan termasuklah pameran yang berkaitan jagung, pertandingan sukan, ratu cantik pesta jagung dan pertunjukan kebudayaan.
               

 PESTA KOBIS

    Pesta Kobis adalah pesta yang sangat unik yang di sambut meriah bagi penduduk yang tinggal di daerah Kundasang.Kawasan yang strategik serta mempunyai pemandangan yang indah dan terletak berhampiran bawah Pungak Gunung Kinabalu menarik sesiapapun untuk berkunjung.Penduduk Kundasang akan menjual hasil kraf tangan dan hasil pertanian seperti sayur Kobis.

TEMPAT PELANCONGAN

1) Gunung Kinabalu
2) Simpang Mengayau (Kudat)
3) Sepilok (Sandakan)
4) Pulau Sepadan (Kudat)
5) Kolam Air Panas (Ranau)

                                         
                                                                 







Gambar Perkahwinan Kaum Bajau di Sabah                                                                 

 
 






























3 comments:

  1. ~~~kapan2 lg nak update blog ni sayang,,, hehe

    ReplyDelete
  2. Terima kasih saudara, kerana dapat memberi gambaran yang terbaik budaya-budaya di Sabah khasnya kebudayaan suku kaum Bajau di mana budaya suku kaum Bajau pada umumnya telah menunjukkan satu idenitit yang tersendiri - memperlihatkan suku kaum Bajau belud(di Barat) dan Bajau Semporna(di Timur)masing-masing ada kekuatan - di mana bajau kota belud cukup terkenal penunggang kuda yang hebat dan sementara Bajau Semporna cukup terkenal panglima laut dan pelayaran di Nusantara......saya cukup berbangga sesuku kita adalah bangsa Bajau yang dianggap sarjana Barat cukup hebat ' Dunia Perang berkuda dan belayar yang hebat dilautan'.......khasnya di bumi nusantara...

    ReplyDelete
  3. mosi2....lama da frend
    al-hindi...wlcme..:)

    ReplyDelete