Wednesday, May 9, 2012

Cantik

Cantik? Apa itu cantik?

Kekayaan itu bukanlah satu dosa dan kecantikan itu bukanlah satu kesalahan. Oleh itu, jika anda memiliki kedua-duanya hargailah, jangan meninggi diri dan ingatlah kepada Allah yang menganugerahinya.

Saya suka video ini yang saya copy di youtube.. (^_^)  sebagai renungan bersama


Teringat waktu kecil, perkataan yang saya dan kawan2 sepermainan selalu sebut ialah Cantik.
Asal je kawan datang.. 'wah awak cantikla hari nie', 'cantiknya baju awak', 'wah cantiknya patung barbie awak' 'ibu cantikla hari ini, kakak pun' memang selalu je sebut perkataan cantik. Bila je masuk sekolah rendah mesti saya suka tengok cikgu2 saya yang cantik... kawan2 saya pun bukan main suka lagi bila cikgu2 yang manis dan cantik tu masuk kelas, bersemangat je.

Tapi berlainan pula bila masuk Sekolah Menengah...saya mula tertanya2 Cantik itu apa?
Saya banyak terdedah dengan kehidupan sekeliling yang amat menyentuh perasaan saya..
bila saya membaca dan melihat sekeliling baru saya tafsirkan bahawa cantik itu apa?

Cantik itu banyak maknanya, bila kita rasa hati sejuk melihat sesuatu Anugerah-Nya maka cantikla bagi kita. Cantik itu boleh kita katakan cantiknya keindahan alam di dunia dan Cantiknya paras rupa dan akhlaknya.
Kecantikan itu ada yang lahir semula jadinya dan ada pula yang mengubahya. Tiap manusia di anugerahi dengan keistimewan tersendiri. Ada yang cantik rupa parasnya dan ada yang tidak. Ada yang cantik akhlaknya dan ada yang tidak. Maknanya..kecantikan itu tidak diukur melelui paras rupa sahaja, tiap orang ada pandangan masing-masing jadi terpulangla memilih mengikut keinginan sendiri. Apa yang penting kita tidak memilih hanya mengikut nafsu dan memudarat kan diri sendiri.

Cantik tidak semestinya dinilai dengan kecantikan paras rupa, namun kecantikan juga boleh diukur dengan akhlak yang baik, ilmu yang berguna, serta cara kita membawa diri. Apa yang penting, kenali kecantikan semulajadi diri sendiri dan lakukan yang terbaik untuk menjaganya. Jika mengharapkan sesuatu yang Allah tidak ciptakan untuk jadi milik kita, kita tidak akan mengenali erti bersyukur.

Firman Allah SWT :
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya
( surah al-Tin )

Firman Allah SWT :
Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan dan baikilah diri perbuatan kamu kerana Allah mengasihi orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya. ( Surah al- Baqarah 195)

01. Kecantikan batin
Perkara yang berkaitan dengan akhlak,ilmu dan akal serta sifat-sifat yang terpuji seperti berilmu,berhikmah,adil,menjauhkan diri dari sifat-sifat keji.

02. Kecantikan luaran
Apa yang dapat dilihat sehingga terpikat dan jatuh hati.Ianyanya merupkan kecantikan ciptaan Allah SWT kepada manusia.Kecantikan dari sudut ini meliputi suara dan paras rupa seseorang.
 

No comments:

Post a Comment