Monday, October 21, 2013

Life without limit..

Who is this person?


Tanpa kaki dan tangan memberi inspirasi kepada Nick menjadi pakar Motivasi terkenal.


married
  Lahir sebagai seorang cacat dengan banyak kekurangan...bukan penghalang Nick Vujicic untuk menjadi orang yang berilmu dan terus berusaha untuk berjaya. Beliau pernah ingin membunuh diri pada usia 12 tahun....namun kemudian beliau sedar bahawa dia hendaklah bersyukur dgn kehidupanya walaupun dalam keadaan kurang upaya. Akhirnya...dia menjadi seorang motivasi hebat didunia...dan menjadi seorang motivasi jutaan di seluruh dunia untuk terus mengejar mimpi. 





“Tubuh Saya Adalah kurnia” kata Nick dengan lantang. Pada waktu berusia 9 tahun Nick pernah protes tentang dirinya . Namun akhirnya, pada usia Nick Vujicic 13 tahun, Ibu beliau memperlihatkan sebuah buku artikel tentang seseorang yang bole mengatasi ketidakmampuannya.
with wife and baby
“Dan itu membuka fikiran saya, bahawa mungkin saya bukan satu-satunya orang yang menderita. Saya mulai melihat ini sebagai berkat, dan saya melihat hidup saya bukan setengah kosong melainkan setengah penuh. Saya tidak tahu berapa penuh, tapi saya melihat kekurangan ini sebagai kurnia.”  kata beliau yang telah bernikah dengan Kanae Miyahara ini.
Pada umur 21 tahun, Nick Vujicic lulus dari Griffith University dan menjadi seorang motivasi terkenal di dunia. Perjalanan hidup yg penuh ujian membuat beliau memiliki mental yang kuat. Kisah Nick Vujicic membuat ramai yang ingin mencontohi beliau.




“Orang selalu bertanya bagaimana aku bole bahagia walaupun tidak mempunyai lengan. Jawapan ringkasku adalah aku punya pilihan. Aku bole merasa marah kerana tidak punya tangan, atau aku bole bersyukur kerana ada tujuan. Aku memilih untuk bersikap bersyukur. Kau juga bole melakukannya.”  Nick Vujicic


No comments:

Post a Comment