Tuesday, May 24, 2011

JOM MAKAN...

 Sebut ja makanan em..memang menyelerakan..;)...lebih2 makanan kegemaraan. jom kita share2 beberapa jenis makanan,mungkin ada sapa2 yang lom pnah mcuba.Jom2....kita try..mesti sedap.

1) KUIH PENJARAM jom g Kota Belud


Bahan-bahan:
  • Tepung gandum 1kg
  • Tepung beras 2 bungkus (dalam packet yang dijual tu)
  • Gula 1kg (lebih sikit)
ATAU:
  • Tepung gandum 1kg
  • Tepung beras 1 packet
  • Tepung pulut 1 packet
  • Gula 1kg
Apapun pilih kombinasi bahan yang disukai
Untuk Perasa, ikut kesukaan masing-masing contohnya; air pandan untuk warna hijau dan kuih rasa pandan, tak payah tambah apa-apa jika suka perasa asli..dan gunalah gula merah jika ingin warna kuih gelap sedikit..(ada juga orang guna sedikit kicap untuk warna gelap..jangan banyak nanti masin...hehhe).

1.campur semua bahan di atas ni dengan air dan gaul hingga pekat dan sebati (adunan licin)
2.kalau dibiar semalam adunan tu lagi bagus dan digoreng esok hari..sebab hasil kuih lebih cantik dan kembang...
3.Pastikan kuali yang berisi minyak untuk menggoreng, benar-benar panas seblum menggoreng

2) AMBUYAT
Bagi sesiapa yang baru nak try mmang ada yang tak suka. apapun cubalah try...mmang sedap. try ssuatu mkanan yang baru..:)


  1. Nota:

       1. Ambuyat dimakan menggunakan candas (atau kayu penyepit) dan dicelup dengan kuah ikan dan terus dimakan bersama-sama dengan sayur pucuk paku.
       2. Sagu adalah makan ruji untuk kaum Bisaya. Resipi ini adalah makanan seimbang, kaya dengan karbohidrat kompleks dan serat serta rendah lemak dan garam.
       3. Bagi Semenanjung Malaysia yang susah untuk mendapatkan sagu rumbia, boleh diganti dengan biji sagu atau sagu ubi yang mana perlu dimasak diatas api sehingga sagu kelihatan jernih.
       4. Makanan ini baik dimakan sewaktu masih panas.
          
          Cara membuat ambuyat:
       5.
          Sagu dicampur dengan 4 cawan air dan mendapkan selama 10 minit.
       6.
          Tuang air dan masukkan sagu ke dalam bekas yang tahan air panas.
       7. Bancuh sagu dengan air panas yang baru mendidih. Kacau hingga sebati dan masak sehingga sagu kelihatan jernih dan likat (seperti gam. Ini menandakan sagu itu telah masak)

          Sambal
          Sambal mengikut cita rasa masing2..kuah ikan pun boleh n sambal belacan pun leh.


    3) KEROPOK AMPLANG






  7. Keropok amplang merupakan antara hasil usahawan tempatan tawau yang amat terkenal didalam mahupun luar kawasan tawau. keropok ini hanya boleh didapati di tawau dan sekitar kota kinabalu sahaja.Ianya diperbuat daripada ikan tenggiri ataupun udang. rasanya sedikit lemak dan ranggup sekali.Rasa sekali pasti anda ingin mencubanya lagi.Dijual dengan harga Rm15 bagi 500 garm





No comments:

Post a Comment