Wednesday, May 16, 2012

Sweet Life











Saat ini mesti dah bangun pagi..
saat ini mesti dah buka pintu rumah dan jendela
saat ini mesti menghirup udara pagi
saat ini mesti sibuk kat dapur siapkan sarapan pagi
saat ini mesti tengah mengemas rumah
saat ini mesti tengah minum pagi bersama ibu
saat ini mesti kedengaran ibu bermotivasi pagi
saat ini mesti tengah melihat sekeliling rumah sambil memikirkan diri ini
saat ini mesti adik bongsu tengah minta tolong siapkan makanan dan pakaianya
untuk ke sekolah

kini aq menghadap dinding
kini aq bersendirian di ruang yang luas
kini aq menyapu air mata
kini aq mengimbau kenangan sebelumnya
kini aq mengenali diri yang kosong
kini aq memulakan kehidupan baru

Sesungguhnya Allah menyayangi hambanya dengan memberi ujian
agar sentiasa mendekatkan diri  kepada-Nya
menguji tahap keimanan kesabaran hambanya

Aq rindu saat itu..
aq rindu suara insan-insan yang aq sayangi
aq tak tahan berada di dunia yang amat berbeza
aq orang kampung
aq bukan kolot atau ketinggalan
aq cuma inginkan apa yang aq mahukan
aq tak ingin menyusahkan
aq ingin mengubah segala kepahitan insan2 yang aq sayangi
aq juga ingin berguna kepada semua, diri dan agama
sebab itu aq di sini
sebab itu aq terus bertahan
sebab itu aq  aku memandang ke depan
dengan pandangan sayu..

Tapi tiada yang mengerti itu..


Wednesday, May 9, 2012

Cantik

Cantik? Apa itu cantik?

Kekayaan itu bukanlah satu dosa dan kecantikan itu bukanlah satu kesalahan. Oleh itu, jika anda memiliki kedua-duanya hargailah, jangan meninggi diri dan ingatlah kepada Allah yang menganugerahinya.

Saya suka video ini yang saya copy di youtube.. (^_^)  sebagai renungan bersama


Teringat waktu kecil, perkataan yang saya dan kawan2 sepermainan selalu sebut ialah Cantik.
Asal je kawan datang.. 'wah awak cantikla hari nie', 'cantiknya baju awak', 'wah cantiknya patung barbie awak' 'ibu cantikla hari ini, kakak pun' memang selalu je sebut perkataan cantik. Bila je masuk sekolah rendah mesti saya suka tengok cikgu2 saya yang cantik... kawan2 saya pun bukan main suka lagi bila cikgu2 yang manis dan cantik tu masuk kelas, bersemangat je.

Tapi berlainan pula bila masuk Sekolah Menengah...saya mula tertanya2 Cantik itu apa?
Saya banyak terdedah dengan kehidupan sekeliling yang amat menyentuh perasaan saya..
bila saya membaca dan melihat sekeliling baru saya tafsirkan bahawa cantik itu apa?

Cantik itu banyak maknanya, bila kita rasa hati sejuk melihat sesuatu Anugerah-Nya maka cantikla bagi kita. Cantik itu boleh kita katakan cantiknya keindahan alam di dunia dan Cantiknya paras rupa dan akhlaknya.
Kecantikan itu ada yang lahir semula jadinya dan ada pula yang mengubahya. Tiap manusia di anugerahi dengan keistimewan tersendiri. Ada yang cantik rupa parasnya dan ada yang tidak. Ada yang cantik akhlaknya dan ada yang tidak. Maknanya..kecantikan itu tidak diukur melelui paras rupa sahaja, tiap orang ada pandangan masing-masing jadi terpulangla memilih mengikut keinginan sendiri. Apa yang penting kita tidak memilih hanya mengikut nafsu dan memudarat kan diri sendiri.

Cantik tidak semestinya dinilai dengan kecantikan paras rupa, namun kecantikan juga boleh diukur dengan akhlak yang baik, ilmu yang berguna, serta cara kita membawa diri. Apa yang penting, kenali kecantikan semulajadi diri sendiri dan lakukan yang terbaik untuk menjaganya. Jika mengharapkan sesuatu yang Allah tidak ciptakan untuk jadi milik kita, kita tidak akan mengenali erti bersyukur.

Firman Allah SWT :
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya
( surah al-Tin )

Firman Allah SWT :
Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan dan baikilah diri perbuatan kamu kerana Allah mengasihi orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya. ( Surah al- Baqarah 195)

01. Kecantikan batin
Perkara yang berkaitan dengan akhlak,ilmu dan akal serta sifat-sifat yang terpuji seperti berilmu,berhikmah,adil,menjauhkan diri dari sifat-sifat keji.

02. Kecantikan luaran
Apa yang dapat dilihat sehingga terpikat dan jatuh hati.Ianyanya merupkan kecantikan ciptaan Allah SWT kepada manusia.Kecantikan dari sudut ini meliputi suara dan paras rupa seseorang.
 

Saturday, May 5, 2012

Indahnya iman..

Anak-anak kau istemewa..

Betapa sejuknya hati melihat kelakuanya,
mengambarkan sejuta makna
sungguh indahnya perasaan itu 
mereka masih suci dari segala dosa




Lihatla mereka masih berdiri di situ
melihat suatu yang membuat mereka tertanya-tanya
apakah langkah seterusnya
apakah ajaran yang baik buat mereka
agar kelak mereka akan berguna kepada agama bangsa dan negara
amat besar nilainya


Terasa bangganya hati, terhadap
mereka yang ada berumur
3-4 tahun sudah ke sekolah
dengan anak tudung mereka yang kecil
dan terlihat semangat dan kesayuan mata
mereka yang masih mangantuk hendak ke sekolah
amat teserlah kecomelan dan keindahan mereka

Merekala penyambung jenarasi ..
kitalala yang akan memberi tunjuk ajar
lihatlah jenarasi yang banyak bermasalah
mereka terdedah dengan kehidupan social yang amat tinggi
sedih sekali melihat mereka
yang terpengaruh dengan gejala yang memudaratkan diri sendiri
marilah kita saling mengingati

Sebagai renungan bersama..

Dunia yang berbeza

Mampukah ana tersenyum lagi..












Terima kasih buatmu yang sentiasa memahami dan megajar aku untuk terus
bahagia, tersenyum, dan percaya diri sendiri


Senyum...
ya buat pertama kalinya
ana tersenyum lagi
senyum bila harapan datang lagi
senyum bila pasti kelukaan lalu, berlalu pergi
senyum bila memikirkan nasib ini
senyum bila keluarga dan sahabat sentiasa di sisi
senyum bila dia mengetahui isi hati selama ini
senyum bila dia memberi semangat
untuk terus kuat dan menjalani perjalanan hidup ini

Dunia yang berbeza..
banyak perbezaan kehidupan
namun rasa bahagia itu sentiasa hadir
serasi, sependapat dan memahami
ketahuilah ia amat bermakna sekali
kejujuran dan sefahaman itu mewujudkan perasaan
yang amat menyentuh hati
dia amat berbeza..
sungguh teguhnya agama padamu
ia menyapa hati dengan halus sekali
membuat perasaan ini
merasa bersyukur mengenali ikatan itu
yang tejalin secara diam2..

Malam yang indah..
bila menonton semula
'Ketika Cinta bertasbih'
ia membuat ana terfikirkan
untuk melihatmu..
mengingatimu membuat ana malu
keinginan itu pelik sungguh
keinginan ana ingin melihat kepada indahnya
pemandangan di kawasan bukit..dan
pemandangan tepi pantai di waktu pagi dan senja
sungguh halus perasaan itu
'Subhanallah'
sungguh indah perasaan anugerah-Nya
bila wujudnya Cinta sesama manusia
moga diri sentisa beringat
Sentiasa melakukan kebaikan dan
meningalkan larang

Segan dan malu..
bila memikirkannya
tidak terdetik langsung
dirimu akan mengetahui isi hati ini
kerana ia tersimpan di hati ana yang
tak mungkin ana luahkan
kerana ana sedar ana siapa
perbezaan itu tetap ada
ana jatuh cinta kepadanya
kerana dia adalah dia
kerana agamanya
kerana ikhlas, jujur dan keimananya
itu sudah cukup
untuk mengajar ana yang kurang ilmu agama
maafkan ana
kerana telah jatuh cinta

Andai jodoh itu ada
ana amat bahagia
walau ini hanya cerita fantasi
di dunia yang berbeza
dunia melalui kecanggihan zaman sekarang
dan dia tidak mungkin
mengetahui..
isi hati ini

"Jodoh sudah ada cuma belum berjumpa"

Friday, May 4, 2012

Puisi suka-suki 


Masih mampu mengucapkan ribuan terima kasih atas segalanya..
sahabatku jangan bersedih maaf aku baca puisi kata hatimu :P

Orang yang bersyukur sentiasa malu untuk dimiliki selain Allah. Apabila manusia tidak merasakan memiliki dan dimiliki..hatinya subur dengan syukur. Itulah kemuncak ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. (buku solusi)

SARD

Aku tidak pernah terfikir jadi begini..
aku tidak mahu kesudahannya seperti ini
aku tidak pernah ingin berumusuh dan membenci
aku tidak akan menyesali
aku cuma tidak sangka ini kejutan dan hadiah di tahun yang aku
nanti2kan..tahun aku fikir amat mengembirakan
tahun yang amat bererti di ulang tahunku
siapa buat aku begini?
ia umpama mimpi di dalam mimpi

Aku tidak akan biarkan diri di hina lagi
cukupla apa yang berlaku
jangan buat aku jadi seorang yang tak bersyukur
aku pernah berkata aku tidak suka menjadi pemusnah
aku lebih rela mengundur diri
tapi sifat pentingkan diri dalam dirimu itu
membuat aku terikat dan sentiasa berdiri di situ
ibarat aku dikellilingi api yang bila2 masa akan membakarku
adakah kau akan selamatkan aku waktu itu?
TIDAK..
malah saat ujian kecil ini pun
kau biarkan dan tinggalkan aku
tanpa kata-kata semangat
melainkan hinaan dan hinaan
itu..

Kini aku telah terbakar kerana keegoaanmu
Hidup dalam ketakutan
ia benar2 menghantuiku tahukah kau tentang itu?
tidurku tidak lena..
hanya tangisan sepi yang mengiringi tidurku
aku pilu mengingatinya
ya dirimu punya segalanya..
apala yang kau tahu tentang
ksesusahan itu..
aku terkedu melihat kata2mu itu
ia membuat aku lemah

Amat tersentuh hati..
bila dituduh2 dengan kata2 yang melukakan
bukan aku tak pernah memberitahu
aku takut akan kata2 keras
akau takut menyusahkan
cukupla apa yang aku lalui selama ini
aku ingin menjauhkan segalanya
jadi inilah jalan yang terbaik

Doaku moga ini menjadi pengajaraan
jangan pernah menyakiti
hargailah apa yang telah kau miliki
kebahagiaan itu tidak selamanya dikecapi
ikhlasla n jujurlah itu akan membuat kau bahagia

Salam terakhir dariku..

p/s

Tika membaca puisi sahabat  ini em..tersentuh gak hati ini
jangan bersedih sahabat hidupku
moga mampu tersenyum n berbahagia
bahagia itu milikmu..