Thursday, March 22, 2012

Teman...

Puisi Buatmu Teman..


Doa Supaya dimudahkan Urusan~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم


رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"


Teman..
adakah sudah terlambat
untukku menyedari kekurangan ini
hati ini pilu sekali
bukan sebab aku dilema
kekurangan harta mahupun kerjaya yang tetap
sebab itu bukan keutamaanku
bukan juga sebab kekurangan kasih sayang
sebab aku bahagia memiliki keluarga dan sahabatku
tapi aku kekurangan ilmu agama :"(

Teman...
bukan sebab ibu-bapaku
tidak prnah mengajar
tapi di zaman kanak-kanaku
aku terleka dangan keasyikan dunia
teringat saat itu..
setelah bersungguh2 mengaji dari iqra
akhirnya ustazah membenarkan
aku untuk membaca Al-quran
tapi tak tahu mana silapnya
aku berhenti mengaji
kini aku tidak lancar lagi untuk membacanya :(
aku sangat malu
bantulah aku teman
kekurangan ini menyeksaku
baru kini aku mencari seorang guru mengaji
semula

Teman..
aku tidak mahu hidup dalam kepura-puraan lagi
kini aku berusaha
kegagalan semalam biarlah menjadi kenangan
dan pengajaran buatku
hidupku kini hanya kerana Allah s.w.t
aku bersyukur dengan hidayah dan hijrah ini
bantula aku

Teman
Aku mengaku pernah mencintai
seorang insan bergelar lelaki
tapi  bukan jodoh aku dengannya
aku cuma ingin merasa bagaimana ertinya cinta
itula kali pertama aku mencintai
tapi ia kini menjadi kenangan
umpama mimpi di dalam mimpi
aku tidak akan mencuba lagi
kerana aku yakin dengan Kententuan dari-Nya
ada jodoh takkan ke mana
jika tiada jodohku aku tetap menerima takdirku
dan sekiranya ada jodohku
aku tahu dia telah lama hadir cuma aku belum menemuinya
satu saat pasti berjumpa
kerana dia memiliki rusuk wanita

Teman..
adakah aku meminta simpati
atau adakah aku begitu sombong?
aku sentiasa sedar siapa diriku
apakah makna aku dicintainya?
aku termenung memikirkannya
aku mengaku ada seorang hamba meluah cintanya padaku
bukan niatku menolak tapi salahkah aku memilih?
terlalu banyak contoh di sekelilingku
ia amat menjadi tauladan untukku
aku banyak kekurangan..begitu juga dia
jadi siapa akan membimbingku?
sekiranya pandangan kami banyak berbeza
 tiada manusia sempurna tapi salahka aku
berharap mendapat seorang pasangan beriman?
kau pasti pernah lihat kata2 ini

“Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang;
yang memelihara kehormatannya; yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya;
yang menghormati suaminya; menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta; memelihara diri daripada pandangan orang lain; yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya; serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.”

Inilah harapan seorang wanita

ketika mana dia menjadi anak perempuan, dibuka baginya satu pintu syurga
untuk ayahanda nya... ketika mana dia menjadi isteri dia menyempurnakan sebahagian daripada agama suaminya.... ketika mana dia menjadi ibu maka sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kakinya..... jikalau setiap orang tahu kedudukan wanita yang sebenar di sisi islam Nescaya mereka akan berlumba2 untuk menjaganya, AllahuAkbar...~~


Teman..
dalam hidup ini selain memiliki
kekuatan iman yang teguh dan keluarga yang bahagia
aku ingin memiliki seorang teman
iaitu kamu sahabat baiku
sungguh aku memaksudkannya
doaku sepanjang perjalanan hidup kita
akan di terangi cahaya keimanan
bantula aku wahai temanku

No comments:

Post a Comment