Cinta Seorang Pejuang
Setelah selesai majlis kesyukuran anak saudara, ana terlihat buku agama Solusi. Di pertengahan buku tersebut hati terasa sayu membaca kisah pengalaman seorang timbalan dektor hal-ehwal pelajar mengenai mahasiswanya seorang pejuang dari negara Chechnya. Ni kisah yang dapat ana ringkaskan..sebagai renungan bersama
Amir datang ke pejabatku dengan maksud berbeza. Di tanah airnya sedang berlaku pertentangan hebat perperangan. Aku agak terkejut kerana semester pengajian sedang berjalan. 'Saya ingin balik berjuang dan syahid di sana' katanya dengan azam yang sangat tinggi malah tiket untuk balik sudah di tempahnya.
Aku meneliti wajahnya yang bersahaja..seorang pejuang kental rupanya. 'Tidakah kamu di sini juga sedang berjuang dan melakukan jihadmu'? aku cuba memberikan pandangan alternatif kepadanya.
'Bagi saya berjihad memperjuangkan tanah air adalah lebih utama'. Aku faham dengan jawapan itu, panggilan membela ibu pertiwi bagi Amir adalah segalanya.
Bukan Calang-Calang
'Tetapi tenaga saya amat diperlukan di barisan depan' jawabnya tegas.
'Katakanlah negara Chechnya dapat dibebaskan suatu ketika nanti, tidakkah waktu itu Chechnya memerlukan tenaga fikir dan tenaga ilmuan untuk membangun negaranya? tidakah jihad ilmu di tuntut?. Lantaran Amir sudah di sini, teruskan sahaja jihad ilmu ini. Ia juga sesuatu yang mulia' aku cuba meyakinkanya.
'Itu akan dilakukan oleh orang yang lain, yang ingin kembali ke sana hanya saya seorang sahaja'. Amir nampaknya tidak akan berganjak dari keputusannya.
Apakah jika kamu kembali ke sana bole membantu? aku melanjutkan perbincangan itu untuk mengetahui lebih jauh siapa sebenarnya pemuda itu.
'Insyallah bole membantu' jawabnya pendek penuh yakin.
'Saya adalah Komander satu batalion Tentera Chechnya, pasukan di sana sedang menunggu kepulangan saya untuk menerima arahan selanjutnya'.
Menduga
'Tidakkah peranan Komander itu bole di ambil oleh orang lain? tentu Saudara tahu sewaktu Saudara datang ke Malaysia dulu negara Saudara sedang bergolak. Rakan-rakan Saudara di sana memilih jihad di medan perang dan Saudara di medan ilmu.
'Itu benar, kena ada persiapan di medan perang dan ada persediaan di medan ilmu tapi panggilan ibu pertiwi lebih kuat lagi. Saya akan mengkhinati negara sekiranya saya tidak kembali segera.
'Itu benar, antara kedua-duanya mesti ada prioriti. Prioriti saya sekarang adalah kembali ke Chechnya.
Sekiranya Chechnya dapat di bebaskan dan umur saya masih panjang saya akan belajar lagi. Ilmu itu ada di mana-mana.
Jiwa Seorang Pejuang
Apatah lagi seorang komander, yang rasa terpanggil untuk mempertahankan negaranya. Tidak mungkin niat untuk kembali akan di gugat oleh sesiapapun. Dialog aku bersamanya sekadar untuk menguji kefahamanya tentang apakah pejuangan yang lebih besar itu. 'Kalau begitu pandangan Amir, saya tidak boleh berbuat apa-apa melainkan berdoa untuk kejayaan kamu'. Aku membuat keputusan, selepas beberapa ketika aku berdialog dengannya tadi. Senyumannya terukir, aku terkesan semangat kental pemuda ini. Dia segera bangun, dan mendekatiku lalu memelukku kuat-kuat dan berbisik sesuatu.
'Tolong doakan saya, doakan saya'...
Terasa kehangatan jiwa seorang pejuang pada tubuhnya. 'Insyallah...Insyallah. aku berbisik sambil mendakapnya kuat2.
'Thank you sir..thanks you!.
Aku lihat bergenang air matanya, memandangku dengan tekad yang tinggi untuk kembali ke nagaranya. Aku melepaskanya dengan perasaan sayu dan aku tertanya-tanya. Adakah itu perjumpaan terakhir bagi kami berdua? Hanya Allah Maha Mengetahui.
Ternyata benar, sebulan selepas pertemuan itu aku dikhabarkan oleh pelajar-pelajar dari Chechnya Amir telah syahid sewaktu dalam pertempuran dengan musuh negaranya. Aku tergamam sebentar kerana kes Amir adalah kes sangat unik.
Hati ana sayu membaca kisah ini. Betapa mulianya hati seorang Pejuang yang sanggup berjuang mempertahankan negaranya.
No comments:
Post a Comment