Wednesday, March 21, 2012

Seketika..

Kata Madahku..


















Seperti hari-hari sebelumnya..
selepas membuat kerja rumah
dan memasak untuk adik bongsuku ke sekolah
aku berihat sambil menghirup air teh panas
di waktu tengah hari yang terik :D

Alhamdulilah...
walau belum mendapat kerjaya yang tetap
aku masih boleh membantu ibuku di rumah
sekurang2nya tidak membebani sesiapa
dan aku gembira dengan hidupku

Aku melihat sekelilingku...
lupakan seketika masalah yang berlaku tadi
terasa angin yang begitu nyaman
Subhanallah sungguh indah anugerah-Nya

Pejamkan mata seketika..
muasabah diri dan
tiba2 emosiku terganggu
em..apa yang terjadi padaku ("_")'
hati terasa pilu namun
akhirnya aku tersenyum
tersenyum sesayu hatiku
kerana dengan kekuatan hatiku inilah
membuat aku masih berdiri di sini

Aku melihat buku yang berada disisiku..
tak sangka aku masih menyimpan buku ini
buku yang seperti dairyku
buku untuk aku melepaskan luahan hatiku
lalu aku melihat isi didalamnya..
aku terlihat kertas lukisan2 yang aku lukis malam tadi
aku perhatikan..dengan pandangan yang kosong
perkenalan yang indah
Maafkan aku wahai saudara
aku melakukan kesilapan
tak seharusnya aku berperasaan seperti ini
aku tidak bermaksud lain kerana aku pun takut dengan perasaan ini
ia berlaku sekelip mata
seikhlas hatiku
kalaula kau tahu tentang itu
tapi aku harap ia hanya seketika
aku berusaha..kerana aku tidak selayak itu lagi

Aku rindu sahabat2ku AFIBS
merekala membantu aku ceria seperti ini
sungguh aku sayang mereka
melihat hasil coretan mereka pada kertasku
membuat aku terkenang zaman sekolahku..:)

Bagi orang yang lurus niatnya
hidup ini adalah untuk membuktikan kehambaan dan penyerahan
diri kepada Allah s.w.t
Dihatinya..
'Sesungguhnya..solatku
ibadatku, hidupku dan matiku
hanyala untuk Allah s.w.t

No comments:

Post a Comment