Wednesday, March 28, 2012

ISTERI YANG SOLEHA

Berkat membaca Bismillah


   Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."   

  Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah s.w.t. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
  Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah s.w.t. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
  Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah s.w.t., dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Semoga kita mendapat jodoh yang beriman dan soleha

Sunday, March 25, 2012

Semangat Seorang Pejuang..

Cinta Seorang Pejuang 



Setelah selesai majlis kesyukuran anak saudara, ana terlihat buku agama Solusi. Di pertengahan buku tersebut hati terasa sayu membaca kisah pengalaman seorang timbalan dektor hal-ehwal pelajar mengenai mahasiswanya seorang pejuang dari negara Chechnya. Ni kisah yang dapat ana ringkaskan..sebagai renungan bersama

 Pada suatu petang aku didatangi searang pelajar Chechnya bernama Amir di pejabatku. Tidak ramai pelajar Chechnya yang belajar di UIAM , sekitar 12 orang sahaja. Biasanya pelajar yang berjumpa denganku untuk memohon nasihat akademik atau mengadu masalah kewangan.

 Amir datang ke pejabatku dengan maksud berbeza. Di tanah airnya sedang berlaku pertentangan hebat perperangan. Aku agak terkejut kerana semester pengajian sedang berjalan. 'Saya ingin balik berjuang dan syahid di sana' katanya dengan azam yang sangat tinggi malah tiket untuk balik sudah di tempahnya.

 Aku meneliti wajahnya yang bersahaja..seorang pejuang kental rupanya. 'Tidakah kamu di sini juga sedang berjuang dan melakukan jihadmu'? aku cuba memberikan pandangan alternatif kepadanya.

 'Bagi saya berjihad memperjuangkan tanah air adalah lebih utama'. Aku faham dengan jawapan itu, panggilan membela ibu pertiwi bagi Amir adalah segalanya.

Bukan Calang-Calang

 'Pada zaman Rasulullah ada yang berjuang di medan perang, ada juga yang bejuang di medan ilmu' aku cuba membuat justifikasi.

 'Tetapi tenaga saya amat diperlukan di barisan depan' jawabnya tegas.

 'Katakanlah negara Chechnya dapat dibebaskan suatu ketika nanti, tidakkah waktu itu Chechnya memerlukan tenaga fikir dan tenaga ilmuan untuk membangun negaranya? tidakah jihad ilmu di tuntut?. Lantaran Amir sudah di sini, teruskan sahaja jihad ilmu ini. Ia juga sesuatu yang mulia' aku cuba meyakinkanya.

 'Itu akan dilakukan oleh orang yang lain, yang ingin kembali ke sana hanya saya seorang sahaja'. Amir nampaknya tidak akan berganjak dari keputusannya.

 Apakah jika kamu kembali ke sana bole membantu? aku melanjutkan perbincangan itu untuk mengetahui lebih jauh siapa sebenarnya pemuda itu.

 'Insyallah bole membantu' jawabnya pendek penuh yakin. 

 'Mengapa Saudara berkata begitu?'

 'Saya adalah Komander satu batalion Tentera Chechnya, pasukan di sana sedang menunggu kepulangan saya untuk menerima arahan selanjutnya'.

Menduga

'Tidakkah peranan Komander itu bole di ambil oleh orang lain? tentu Saudara tahu sewaktu Saudara datang ke Malaysia dulu negara Saudara sedang bergolak. Rakan-rakan Saudara di sana memilih jihad di medan perang dan Saudara di medan ilmu.

'Itu benar, kena ada persiapan di medan perang dan ada persediaan di medan ilmu tapi panggilan ibu pertiwi lebih kuat lagi. Saya akan mengkhinati negara sekiranya saya tidak kembali segera.

 Jawapan itu bagiku amat bertenaga sekali, Amir tidak segera emosional dengan soalan sebegitu. Dia kelihatan tenang, cekal dan serius!. Pada saya kedua-dua sangat bererti, mengapa tidak fokuskan jihad itu untuk menguasai ilmu sebanyak mungkin dan apabila saudara kembali, anda akan mempunyai kekuatan untuk melakukan perubahan.  Aku terus menghuraikan sebab jihad ilmu harus di teruskan.

 'Itu benar, antara kedua-duanya mesti ada prioriti. Prioriti saya sekarang adalah kembali ke Chechnya.
Sekiranya Chechnya dapat di bebaskan dan umur saya masih panjang saya akan belajar lagi. Ilmu itu ada di mana-mana.

Jiwa Seorang Pejuang

Aku dapati kecekalannya untuk kembali amat tinggi. Ia tidak dapat di halang lagi. Aku mula memahami jiwa seorang pejuang adalah begitu. Sekali azam di buat, ia tidak akan berpatah lagi.
Apatah lagi seorang komander, yang rasa terpanggil untuk mempertahankan negaranya. Tidak mungkin niat untuk kembali akan di gugat oleh sesiapapun. Dialog aku bersamanya sekadar untuk menguji kefahamanya tentang apakah pejuangan yang lebih besar itu. 'Kalau begitu pandangan Amir, saya tidak boleh berbuat apa-apa melainkan  berdoa untuk kejayaan kamu'. Aku membuat keputusan, selepas beberapa ketika aku berdialog dengannya tadi. Senyumannya terukir, aku terkesan semangat kental pemuda ini. Dia segera bangun, dan mendekatiku lalu memelukku kuat-kuat dan berbisik sesuatu.

'Tolong doakan saya, doakan saya'...

Terasa kehangatan jiwa seorang pejuang pada tubuhnya. 'Insyallah...Insyallah. aku berbisik sambil mendakapnya kuat2.

'Thank you sir..thanks you!.  

Aku lihat bergenang air matanya, memandangku dengan tekad yang tinggi untuk kembali ke nagaranya. Aku melepaskanya dengan perasaan sayu dan aku tertanya-tanya. Adakah itu perjumpaan terakhir bagi kami berdua? Hanya Allah Maha Mengetahui.

Ternyata benar, sebulan selepas pertemuan itu aku dikhabarkan oleh pelajar-pelajar dari Chechnya Amir telah syahid sewaktu dalam pertempuran dengan musuh negaranya. Aku tergamam sebentar kerana kes Amir adalah kes sangat unik.

Hati ana sayu membaca kisah ini. Betapa mulianya hati seorang Pejuang yang sanggup berjuang mempertahankan negaranya.



Friday, March 23, 2012

Rasiah Di Sebalik Jenis Darahmu..

 Apakah jenis darah anda?


JENIS DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri. Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

JENIS DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.


JENIS DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar Berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
 

JENIS DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.



Anda berminat? kenali diri Anda..jom!

SIFATMU MENGIKUT BULAN KELAHIRAN


JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, Suka mendidik dan dididik,Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan, Suka smart, kemas dan teratur,Bersifat sensitif, berfikiran mendalam, Pandai mengambil hati orang lain
Pendiam kecuali telah dirangsang, Agak pemalu, Daya tumpuan yang sangat tinggi, Mudah mendisiplinkan diri sendiri, Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya, Cukup sayang pada kanak-kanak, Suka duduk di rumah
Setia pada segala-galanya, Perlu belajar kemahiran sosial, Cukup cemburu yang sangat tinggi


FEBRUARI
Berfikiran abstrak, Sukakan benda yang reality dan abstrak, Intelligent, bijak dan genius, Berpesonaliti yang mudah berubah, Mudah menawan orang lain, Agak pendiam, pemalu dan rendah diri, Jujur dan setia pada segalanya, Keras hati untuk mencapai matlamat, Tidak suka dikongkong, Mudah memberontak apabila dikongkong, Suka kegiatan yang lasak, Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif, Mudah mempamerkan marahnya, Tidak suka benda yang remeh-temeh, Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, Sangat berani dan suka memberontak, Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya, Pemerhatian yang tajam, Suka hiburan dan sukan, Suka benda yang bersifat seni
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, Berkecenderungan pada benda yang tahyul, Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, Belajar untuk mempamerkan emosi.


MAC 

Berpesonaliti yang menarik dan menawan, Mudah didampingi, Sangat pemalu dan pemendam rasa
Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati, Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran, Suka pada kedamaian, Sangat peka kepada orang lain
Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain, Tidak cepat marah dan sangat amanah, Tahu balas budi dan tahu kenang budi, Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal, Suka berangan-angan, Suka melancong, Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi, Kelam kabut dalam memilih pasangan
Suka dgn hiasan rumahtangga, Punya bakat seni dalam bidang muzik, Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik Jangan terlalu moody.


APRIL

 Sangat aktif dan dinamik, Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, Sangat menarik dan pandai manjakan diri, Punya daya mental yang sangat kuat, Suka diberi perhatian, Sangat diplomatik (pandai memujuk ), Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang, Sangat berani dan tiada perasaan takut, Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
Emosi cepat terusik, Try control the emotion, Kecenderungan bersifat dendam, Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan, Kuat daya ingatan, Gerak hati yang sangat kuat, Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain, Berpenyakit di sekitar kepala dan dada
Sangat cemburu dan terlalu cemburu.


MEI 

Kekerasan hati & degil, Kuat semangat & bermotivasi tinggi, Pemikiran yang tajam, Mudah marah apabila tidak dikawal, Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian, Perasaan yang amat mendalam, Cantik dari segi mental & fizikal, Tidak perlu dimotivasikan, Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain, Mudah dipujuk, Bersikap sistematik (otak kiri), Suka berangan, Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu
Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit, Daya khayalan yang tinggi, Permikiran yang tajam, Pandai berdebat, Fizikal yang baik, Kelemahan sistem pernafasan, Suka sastera, seni & muzik serta melancong, Tidak berapa suka duduk di rumah, Tidak boleh duduk diam, Tidak punya ramai anak, Rajin dan bersemangat tinggi, Agak boros

JUN
Berfikiran jauh & berwawasan, Mudah ditawan kerana sikap baik, Berperangai yang lemah lembut
Mudah berubah sikap, perangai, idea @ mood Idea yang terlalu banyak di kepala, Bersikap sensitif, Otaknya aktif (sentiasa berfikir), Sukar melakukan sesuatu dengan segera
Bersikap suka menangguh-nangguh, Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik, Cepat marah & cepat sejuk, Suka bercakap & berdebat, Suka buat lawak & bergurau, Otaknya cerdas berangan-angan, Mudah berkawan & pandai berkawan, Orang yang sangat tertib, Pandai mempamerkan sikap, Mudah kecil hati, Mudah kena selsema, Suka berkemas, Cepat rasa bosan
Sikap terlalu memilih & cerewet, Kurang mempamerkan perasaan, Lambat nak sembuh apabila terluka hati, Suka kepada barang yang berjenama, Mudah menjadi eksekutif, Kedegilan yang tidak terkawal, Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya


JULAI

Sangat seronok didamping, Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang,Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi, tidak marah apabila disusahkan, Mudah dipujuk dan bercakap lurus, Sangat menjaga hati orang lain, Sangat peramah, Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya, Berjiwa sentimental
Jarang berdendam, Mudah memaafkan tapi sukar melupakan, Tidak suka benda remeh-temeh
Membimbing cara fizikal dan mental, Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
Layanan yang serupa dengan semua orang, Tinggi daya simpati, Pemerhatian yang tajam, Suka menilai orang lain dengan pemerhatian, Mudah dan rajin belajar, Suka muhasabah diri, Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama, Suka mendiamkan diri, Suka duduk di rumah, Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, Tak agresif kecuali terpaksa, Lemah dari segi kesihatan perut, Mudah gemuk jika tak kawal diet, Minta disayangi, Mudah terluka hati tapi lambat pulih, Terlalu mengambil berat Rajin dalam membuat kerja

OGOS
Suka berlawak, Mudah tertawan kepadanya, Sopan santun dan caring terhadap orang lain, Berani dan tidak tahu takut, Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan, Pandai pujuk orang lain
Terlalu pemurah & bersikap ego, Nilai harga diri yang sangat tinggi, Dahagakan pujian, Semangat juang yang luar biasa, Cepat marah & mudah mengamuk, Mudah marah apabila cakapnya dilawan
Sangat cemburu, Daya pemerhatian yang tajam & teliti, Cepat berfikir, Fikiran yang berdikari, Suka memimpin & dipimpin, Sifat suka berangan, Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat, Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit, Belajar untuk relaks, Sikap kelam kabut, Romantik, pengasih & penyayang, Suka mencari kawan


SEPTEMBER

Sangat bersopan santun & bertolak ansur, Sangat cermat, teliti & teratur, Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik, Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati, Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur, Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yang tidak diketahui, Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik, Otak bijak & mudah belajar, Suka mencari maklumat, Kawal diri dari terlalu mengkritik, Pandai mendorong diri sendiri, Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia, Suka sukan, hiburan & melancong, Kurang menunjukkan perasaannya, Terluka hatinya sangat lama disimpan, Terlalu memilih pasangan, Sukakan benda yang luas, Bersistematik

OKTOBER 

Suka sembang, Suka orang yang sayang padanya, Suka ambil jalan tengah, Sangat menawan & sopan santun, Kecantikan luar & dalam, Tidak pandai berbohong & berpura-pura, Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan, Sentiasa berkawan, Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, Cepat marah, Macam pentingkan diri sendiri, Tidak menolong orang kecuali diminta,
Suka melihat dari perspektifnya sendiri, Tidak suka terima pandangan orang lain, Emosi yang mudah terusik, Suka berangan & pandai bercakap, Emosi yang kelam kabut
Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan), Suka melancong, bidang sastera & seni
Pengasih, penyayang & lemah lembut, Romantik dalam percintaan, Mudah terusik hati & cemburu
Ambil berat tentang orang lain, Suka kegiatan luar, Orang yang adil, Boros & mudah dipengaruhi persekitaran, Mudah patah semangat


NOVEMBER

Banyak idea dalam perkara, Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya, Berfikiran kehadapan, Berfikiran unik dan bijak, Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa, Pemikiran yang tajam, Daya firasat yang sangat halus dan tinggi, Bagus untuk jadi doktor, Cermat dan teliti
Personality dinamik, Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran, Terlalu degil dan keras hati apabila hendak., Diusahakan sehingga berjaya, Tak suka marah kecuali digugat
Mudah ambil berat terhadap orang lain, Pandai muhasabah diri, Cara berfikir lain dari orang lain, Otak yang sangat tajam, Pandai mendorong diri sendiri, Tidak hargai pujian, Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya Badan yang “tough” (sasa), Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, Romantik
Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, Suka duduk di rumah, Sangat rajin dan berkemampuan tinggi, Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia, Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, Bercita-cita tinggi, Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah


DISEMBER

Sangat setia dan pemurah, Bersifat patriotik, Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, Bercita-cita tinggi, Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi, Seronok didampingi, Suka bercampur dengan orang, Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai, Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur, Tidak pandai berpura-pura, Cepat marah
Perangai yang berubah-ubah, Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, Benci pada kongkongan, Suka berlawak, Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik.

Renungkanlah...

 Ana terbaca kisah ini...ianya sangat menyentuh hati, kadangkala kita salah faham dengan situasi dan keadaan yang kita alami. Janganla cepat menghukum, berfikirla dangan baik sebelum bertindak.


 Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya.

Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.
Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :
” Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut.

Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ; ” Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil”.

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. “Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.
Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.
Tak dapat digambarkan dengan perkataan ,
Executive muda hanya melihat dengan sayu,

Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya.
Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.
Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta ,
WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki.
Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini
sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Renungan bersama.. (^_^)

Thursday, March 22, 2012

Teman...

Puisi Buatmu Teman..


Doa Supaya dimudahkan Urusan~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم


رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"


Teman..
adakah sudah terlambat
untukku menyedari kekurangan ini
hati ini pilu sekali
bukan sebab aku dilema
kekurangan harta mahupun kerjaya yang tetap
sebab itu bukan keutamaanku
bukan juga sebab kekurangan kasih sayang
sebab aku bahagia memiliki keluarga dan sahabatku
tapi aku kekurangan ilmu agama :"(

Teman...
bukan sebab ibu-bapaku
tidak prnah mengajar
tapi di zaman kanak-kanaku
aku terleka dangan keasyikan dunia
teringat saat itu..
setelah bersungguh2 mengaji dari iqra
akhirnya ustazah membenarkan
aku untuk membaca Al-quran
tapi tak tahu mana silapnya
aku berhenti mengaji
kini aku tidak lancar lagi untuk membacanya :(
aku sangat malu
bantulah aku teman
kekurangan ini menyeksaku
baru kini aku mencari seorang guru mengaji
semula

Teman..
aku tidak mahu hidup dalam kepura-puraan lagi
kini aku berusaha
kegagalan semalam biarlah menjadi kenangan
dan pengajaran buatku
hidupku kini hanya kerana Allah s.w.t
aku bersyukur dengan hidayah dan hijrah ini
bantula aku

Teman
Aku mengaku pernah mencintai
seorang insan bergelar lelaki
tapi  bukan jodoh aku dengannya
aku cuma ingin merasa bagaimana ertinya cinta
itula kali pertama aku mencintai
tapi ia kini menjadi kenangan
umpama mimpi di dalam mimpi
aku tidak akan mencuba lagi
kerana aku yakin dengan Kententuan dari-Nya
ada jodoh takkan ke mana
jika tiada jodohku aku tetap menerima takdirku
dan sekiranya ada jodohku
aku tahu dia telah lama hadir cuma aku belum menemuinya
satu saat pasti berjumpa
kerana dia memiliki rusuk wanita

Teman..
adakah aku meminta simpati
atau adakah aku begitu sombong?
aku sentiasa sedar siapa diriku
apakah makna aku dicintainya?
aku termenung memikirkannya
aku mengaku ada seorang hamba meluah cintanya padaku
bukan niatku menolak tapi salahkah aku memilih?
terlalu banyak contoh di sekelilingku
ia amat menjadi tauladan untukku
aku banyak kekurangan..begitu juga dia
jadi siapa akan membimbingku?
sekiranya pandangan kami banyak berbeza
 tiada manusia sempurna tapi salahka aku
berharap mendapat seorang pasangan beriman?
kau pasti pernah lihat kata2 ini

“Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang;
yang memelihara kehormatannya; yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya;
yang menghormati suaminya; menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta; memelihara diri daripada pandangan orang lain; yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya; serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.”

Inilah harapan seorang wanita

ketika mana dia menjadi anak perempuan, dibuka baginya satu pintu syurga
untuk ayahanda nya... ketika mana dia menjadi isteri dia menyempurnakan sebahagian daripada agama suaminya.... ketika mana dia menjadi ibu maka sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kakinya..... jikalau setiap orang tahu kedudukan wanita yang sebenar di sisi islam Nescaya mereka akan berlumba2 untuk menjaganya, AllahuAkbar...~~


Teman..
dalam hidup ini selain memiliki
kekuatan iman yang teguh dan keluarga yang bahagia
aku ingin memiliki seorang teman
iaitu kamu sahabat baiku
sungguh aku memaksudkannya
doaku sepanjang perjalanan hidup kita
akan di terangi cahaya keimanan
bantula aku wahai temanku

Wednesday, March 21, 2012

Seketika..

Kata Madahku..


















Seperti hari-hari sebelumnya..
selepas membuat kerja rumah
dan memasak untuk adik bongsuku ke sekolah
aku berihat sambil menghirup air teh panas
di waktu tengah hari yang terik :D

Alhamdulilah...
walau belum mendapat kerjaya yang tetap
aku masih boleh membantu ibuku di rumah
sekurang2nya tidak membebani sesiapa
dan aku gembira dengan hidupku

Aku melihat sekelilingku...
lupakan seketika masalah yang berlaku tadi
terasa angin yang begitu nyaman
Subhanallah sungguh indah anugerah-Nya

Pejamkan mata seketika..
muasabah diri dan
tiba2 emosiku terganggu
em..apa yang terjadi padaku ("_")'
hati terasa pilu namun
akhirnya aku tersenyum
tersenyum sesayu hatiku
kerana dengan kekuatan hatiku inilah
membuat aku masih berdiri di sini

Aku melihat buku yang berada disisiku..
tak sangka aku masih menyimpan buku ini
buku yang seperti dairyku
buku untuk aku melepaskan luahan hatiku
lalu aku melihat isi didalamnya..
aku terlihat kertas lukisan2 yang aku lukis malam tadi
aku perhatikan..dengan pandangan yang kosong
perkenalan yang indah
Maafkan aku wahai saudara
aku melakukan kesilapan
tak seharusnya aku berperasaan seperti ini
aku tidak bermaksud lain kerana aku pun takut dengan perasaan ini
ia berlaku sekelip mata
seikhlas hatiku
kalaula kau tahu tentang itu
tapi aku harap ia hanya seketika
aku berusaha..kerana aku tidak selayak itu lagi

Aku rindu sahabat2ku AFIBS
merekala membantu aku ceria seperti ini
sungguh aku sayang mereka
melihat hasil coretan mereka pada kertasku
membuat aku terkenang zaman sekolahku..:)

Bagi orang yang lurus niatnya
hidup ini adalah untuk membuktikan kehambaan dan penyerahan
diri kepada Allah s.w.t
Dihatinya..
'Sesungguhnya..solatku
ibadatku, hidupku dan matiku
hanyala untuk Allah s.w.t

Tuesday, March 20, 2012

Cinta tiada akhirnya..












Adakalanya bibir mudah berkata-kata
ia jugak pandai membohongi diri sendiri
sedangkan hati tidak berkata dusta

Adakalanya kita sudah nekad dengan keputusan
padahal fikiran kita tidak bole
jika tidak memikirkanya
Allah s.w.t Maha Kuasa
sedih mana pun kita kita takkan keseorangan
kerana Dia sentiasa ada untuk hambanya
yang mendekatkan diri pada-Nya.
Jika Dia rindu pada hambanya,
Dia akan berikan ujian yang berat agar hambanya
mendekatkan diri dan memohon kepada-Nya
betapa tamaknya kita hingga tidak bersyukur dengan nikmat
yang diberikan.. padahal
Dia berikan ujian setimpal dengan kemampuan hambanya

Adakalanya kita kecewa mungkin di sebabkan cinta
hingga kita takut untuk mencintai
tapi janganla sesekali berkata hidup takda makna lagi
Sebelum mengenal cinta sesama manusia
hidup kita juga sungguh bahagia,,jadi mengapa berputus asa
yups..berkata-kata memang senang tapi sampai bila
harus terluka?

Cinta tiada akhirnya...
cintaila keluarga dan sahabat kita
sebab merekala sentiasa bersama saat suka dan duka

Kehidupan hanya beberapa minit,
bahkan hanya beberapa detik..
kita hargailah apa yang ada.
kita manfaatkan ke jalan yang benar
kita bersama-sama saling mengingati

Jenarasi..

Sweet Memory

Bila kali pertama aku menjejakan kaki ke taski, aku sedar diperhatikan oleh kanak-kanak yang  begitu comel sekali. Mcmnie rupa2nya, perasaan guru sewaktu dilihat oleh murid2nya.melihat kanak-kanak ini.. Jujur aku betul2 gelisah sebab perangai kanak2 taski bebeza dengan murid skolah rendah dan menengah.

Setelah memberi salam dan memperkenalkan diri, aku mula berfikir sesuatu bagaimana menarik minat mereka agar mereka berminat dengan caraku (#_#)' .


Melihat mereka mengenangkan zaman kanak2 kita yang penuh dengan warna :)
kenangan waktu kita di sekolah amat indah.
Di situ kita kenal erti ilmu dan persahabatan. Kita mula untuk belajar dan menilai. Terharu dan gembira sangat..sebab dapat pengelaman seperti ini. Kanak2 memang penyayang hati mereka masih suci daripada dosa..
Subhanallah.




 Kita akan tenang melihat mereka senyum dan memahami apa yang kita ajarkan..tersalah kata akan membuat mereka tertanya-tanya.
Zaman kita dahulu dan kanak2 sekarang jauh berbeza..sekarang kemudahan mereka lebih canggih berbanding kita dahulu.

Sunday, March 18, 2012

ku mengerti...

Puisi di masa lapangku..(^_^)

Indah memang indah....
walau wajah tu hnya kaku di situ
senyumanya memang manis 
melihatnya mengambarkan dirinya punya segalanya
terasa kedilnya diri ini
terasa sayunya hati ini
terasa tersentuhnya diri ini
wahai hati kembalila seperti dahulu
buangkan perasaan ini
ia memang membahagiakan tapi
disebabkan itu ramai hati yang
akan terluka...kau tahu tentang itu!




Indah memang indah
perkenalan yang cukup indah
tapi akhirnya tidak seindah yang dibanyangkan
ia cuma indah dalam kenangan
tapi bukan pada kenyataan
Indah memang indah 
bila kau ucap kata cinta
tapi cinta itu bukan miliku 
ia untuk dirimu dan keluargamu
aku hanya ingin kau tahu
kini aku amat bahagia 
seperti mana kau bahagia
kenapa?
sebab selama ini keluargaku dan sahabatku
menjadi temanku 
dan begitula akhirnya..
takkan ada lagi cinta itu melainkan pada-Nya

Indah memang cukup indah 
kerana ia menjadi pengajaran buatku
kau tak perlu bersusah hati dan bersedih
kerana ia sda tertulis dalam perjalanan hidupku
aku cuma berharap kau tidak 
samakan aku dengan gadis yang lain
sebab bukan aku yang mempermainkanmu
biar ia menjadi sejarah dalam hidupku..

terpulangla apa yang bermain dalam fikiranmu
kerana itulah diriku
gadis desa yang 
hidup sederhana...



Wednesday, March 7, 2012

Duniaku..

 Duniaku cukup indah,bukan kerana aq punya segalanya tapi aq bhagia dilahirkan dalam kehidupan yang cukup sederhana. Ia adalah anugerah yang tidak ternilai...air mataku, personalitiku, keadaanku ckup mgambarkan aq dilahirkan penuh dengan warna.

 Hati mudah tersentuh..bukan bermakna aq takut di tegur bukan jugak takut di curiga
tapi aq takut menyakiti


24 APRIL 1990
Lahirla bayi pasangan kembar..
uniknya kembar tersebut bayi lelaki dan perempuan
seorang ibu yang melahirkan anak ke-5 tersenyum bahagia
tidak menyangka mendapat anak kembar sepertinya.
bayi lelaki terpaksa di tahan kat wad untuk beberapa hari akibat penyakit Kuning yang lebih.
oleh itu, bayi perempuan terpaksa di hantar dahulu kat rumah.

Mulai saat itu bermulanya antara aq dan duniaku..
saat duniaku bersama insan bernama Nenek,
ibu susah menjaga abg,kakak2ku n kembarku yg masih kecil waktu itu.
sekecil itu semua mengharapkan perhatian yang lebih
akhirnya Neneku memujuk ibuku untuk mengambil aq tinggal bersamanya..

Di sebuah rumah yang  serba sederhana
aq tinggal bersama adik beradik ibuku yang belum berkahwin
seorang pcik n dua org makcik..
waktu itu aq masih kecil bagiku
aq blum kenal erti khidupan..yang aq tahu aq adalah cucu kesayangan Nenek
apa pun yang aq lakukukan semua bersama Nenek..
makan, mandi, n tido semua Nenek sediakan
di mana Nenek di situlah aq..
aq dimanjai dengan penuh kasih sayang..
walaupun tak berharta tapi Nenek menjagaku
dengan sederhana kerna rezki Nenek ada di mana2
akibat manja satu kerja pun aq tak tahu..aq menjdi budak yang pemalas
degil n kuat merajuk hehe..

Bila cuti sekolah aq melihat abg, kakaku n kembarku
mesti balik kampung..
aq melihat wajah ibuku n ayahku rindu tapi  jujur tidak standing serindu pada Neneku
bila hbis wktu cuti sekolah ibu membawa aq blik bersamanya di daerah asal ayahku
aq teringin nak ikut sebab aq leh gembira bermain bersama2 kakak2ku
tapi bagaimana dengan Neneku? Aq mesti rindu kat Nenek time aq nak tdo.
seperti yang dijangkakn aq menangis pada malam itu nmun hnya aq yg mengtahuinya heehe
yang pasti aq amat tekejut bila Nenek mengambilku pada keesokan harinya
Mesti Nenek memahamiku..n mesti Nenek segelisahku saat aq tda disampingnya
Aq sayang Nenek..(^_^)

Saat hari pertama sekolahku adalah besekolah di tadika
aq bersama2 kembarku bersekolah di dekolah yang sama
ibuku berpindah di sebelah rumah Nenekku cuma ayah yang masih di rmh lama kerna berkerja.
aq amat rapat dengan Makciku yang seorang lg..diala yang mghantar n mjmput aq ngan kembarku ke sekolah saat itu aq sda mempunyai 2 org adik..n pda umurku 8 tahun skali lg aq mempunyai seorang adik lelaki. itulah kami yang sekarang 9 org adik beradik 4 lelaki 5 pmpun.
yang menyentuh hatiku Mak ciku yang baik hati..meninggalkan kami pada umurku 9 tahun akibat Kanser (Semoga Allah mncucuri rahmat ke ats roh Arwah Makciku)
aq melihat Neneku begitu sayu...

Teringat lak pada waktu aq meminta sesuatu kat Neneku tapi Neneku tak tunaikn permintaanku nak mebeli mknan ringan tepi jalan..mgkin Nenek penat wktu itu
aq yg tak faham asyik mndesak je...degil btl!
wktu tu aq skit hati sgt..manja tk hbis2, smpai aq bpura2 nk sikat rmbut Nenek padahal aq ikat rmbut Neneku kat Kerusi yang Nenek duduk, lalu aq trun kt bwah utk bermain.
Time nk trun tangga aq mdgr jeritan Nenek ksakitan memanggil nmaku.
aq btl2 takut lalu aq blari n bsembunyi sbb aq tahu mgkin mciku yg sorang lg mst dah tlong bukakan ikatan kt rmbut Neneku..  Aq sembunyi mcmnapun akhirnya Nenek mjumpaiku hehe
Lalu aq dcubit2 taklah sakit sgt sbb tu cubitan ksih syg dari Neneku... :)

Masa memang mencemburui kita...
pejam celik umur dah 14 tahun
aq dah meningkat remaja..
begitu jugak Neneku aq melihat perubahan pada Kulit n rambutnya
Nenek betul2 dah tua... Nenek jugak sering sakit berapa kali p hospital ambik ubat.
hinggala ptg itu kitaorg skeluarga semua berkumpul..
aq ingat lagi aq n Nenek selesai mkn bubur nasi yg aq sediakan..
Tiba2 sakit Nenek dtg,,,lalu aq n makciku sediakn brang2 kperluan Nenek kt hspital
manakala mak n kkaku mmimpin Nenek trun tangga.
Jelas di ingatanku..bila Nenek mmamngil nmaku berkali2 lalu aq mghampirinya
Nenek memeluk n mencium aq sepuas2 puasnya dan berkata (dalam bhasa bajau) aq translate dlm bhsa Melayu.........

'Nak kali nie Nenek btl2 Sakit..mgkin lama Kt hospital jga diri baik2 ar? mungkin lepas dri hspital Nenek tak kenal lagi siapa kmu,oleh itu biar Nenek cium n plok kmu puas2'

 Seperti Nenek maksudkan setelah di hospital Nenek tak sedarkan diri n tak kenal sapa2 lg.. setelah keluarga berbincang Nenek di bwa balik.. kt rmh nenek tk knal sapa2 asyik mengigau n berimaginasi.
hati kecilku menjerit ksedihan n ketakutan tak snggup melihat Nenek dlm keadaan seperti itu. sunnguh aq takut kehilangan...

Bberapa minggu Nenek kat rmh..tiba2 malam tu Nenek sesak nafas...lalu family bwa Nenek ke hospital semula. Aq betul2 sedih..sedih tak terhingga..kerana duniaku sepi sekali. keesokan harinya aq p skolah bg mengelak diri dari ksepian.
Selepas rehat kt sekolah aq melihat kakakku bjln mghampiriku dengan shelai krtas...
oww surat kbnaran rupa2nya..npa kak? aq bertanya..
'dik cepat kemas brang bku msukknkn dlm beg kita p hspital'
hah! npa Nenek?... 
"Nenek mracau2 pangil nma ko dik"
ohh..Nenek :"(

Setiba kt wad aq melihat Nenek dkelilingi sdara mara..
sempat aq mdgar sdara bkata..  'oh nie dia cucu yg disebut2 dri tdi'
dengan langkah lemah aq mghampiri katil Nenekku...
dlm hati aq bbisik 'Nek cucu nnek dah sampai :('
aq teringin nk mdgr Nenek mmangil nmaku sprti dkatakan..tp syg Nenek tk sdar diri semula.
aq memegang n mcium tangan Nenek smbil mnangis.... aq memicit2 kaki n tangan Nenekku btapa hancur hatiku melihatnya sepert itu. wktu dah pun ptg aq kna blik...lalu aq berbisik kt telinga Nenek
'Nek aq balik dulu ek..nt malam law dpt aq dtg lg'
terasa tanganku d sentuh tp hnya sketika..aq mdgr suara Nenek seakan2 tdk mbenarkan aq pulang
aq terpaksa blik gak ptg tu sbb msi berpakaian skolah.

Malam itu aq tdo rmh ibuku.. hingga Nenek sembuh
sedih sbb tk dpt lawat Nenek sbb tiba2 trasa lemah lgpun adk brdikku yg lain
ada yg lom lawat Nenek..kenderaan wktu itu hnya muat utk mak,ayah n kkak2ku.
Aq Nekad  sok mlam aq lak lawat Nenek..lpas dri skolah.
tp malangnya skali lg mlam tu aq tk dpt pergi..sbb aq byk kerja skolah yg kna htr keesokan hrinya.
Skali lg aq Berbisik.. 'tdk apalah sok khmis..nt aq dtg p hspital lpas dri skolah' 

Keesokan hrinya..kt sekolah aku berjumpa ngan akak2ku mereka pesan supya aq dtg lawat Nenek mlam nt je...iaitu Malam jumaat,sebab semua family dtg kt hspital. lega hatiku..
Lepas dri skolah ptg tu aq dgn segera mandi..tk sbar2 p hspital :)
aq sempat mengisi perutku bsma family ..krna aq btl2 lapar. Nmun entah mgpa hatiku trasa kosong mlm tu.. lpas mkn ktaorg skluarga bcdang lpas rhat mkan trus p hspital.

Sedang brehat ayahku mnerima panggilan telefon...aq mlihat reaksi ayahku yg mcurigakan nmun stelah ayah melihat aq ayah tersenyum..em mengapa ek?
aq melihat ayah n abg n kembarku berbual2..aq btl2 tertanya2.
setelah itu abgku bersuara ngan adik brdiku sambil melihat aq   'kmu semua tdk pyah ikut p hspital mlm nie sebab Nenek balik rumah malam nie jugak,kmu tnggu ja d rmh Nenek n kemas2 rmh Nenek  n brang2 sebab rmai sdara yg datang nt kt rmh Nenek '
wow! Nenek pulang? yahhhhhhhuuu Alhamdulilah aq bt2 senang hati... 
Dengan hpy aq mgangkut bakul pkaian skolah aq yg lom djemur ke rmh Nenek nt leh jemur kt tmpt sidai pkaian rmh Nenek.

Sampai rmh Nenek aq menyapu..n mbersih tmpt katil tdo aq n Nenek..wah hpy tk tkata
Lalu aq ke anjung rmh Nenek nk jmur pkaian tkut tk kering bju skolah sok kna htr bku tpenting kt skolah. Tengah nk jemur aq d marah oleh abgku.. 'wei! mna leh jemur kt sini...depan nie nt semak la!  isssssss aq mjwb ' Suka hati aq lah supya bju skolah aq kering awal..sok penting maw ke sekolah'
'Woi sok ko mna p sekolah la..bkn dpt pun' 
'eleh npa plak?'  Dengan selamba abg aq ambik pkaian aq d jemuran tu nsib baik tk kotor.
apasal nie tiba2 aq sensetif! ahhhhhh npa semua org tgk aq lain mcm! tkpa jap lg Nenek blik.. tu ja ayat leh tenangkan hati aq.. dgn slumbernya aq p rmh  ibu kt sbelah. Aq jemur pkain skolah aq kt sna lak..sempat aq dgr abg aq bkata 'bodoh btl tk fhm2! pedulilah!

'Mana Nenek nie lambat btl la....sejam mnunggu jela!'
 ke sana ke sini aq bjln2 kt anjung rmh..menunggu n menunggu tnpa pduli sdra2 yg melihat aq
akhirnya penantian berhasil..bila melihat keta yg bpusu2 msuk hlaman rmh 'Yeah Nenek sampai'
rmai sgt lak sdara dtg malam2 nie.....mgkin maw lawat Nenek aq tak. Aq dgr sdra2 bkata2  'Nenek dlm bas berwarna putih..'  memang sah Nenek dlm bas!
Sebab bas tu btl2 parking dkat Tangga rmh Nenek...
aq menunggu kt atas tangga smbil melihat2 ke arah bas.....
Tapi...tapi......
knapa dri atas aq tgk kt cermin keta 
Nenek dlm keadaan mcmtu...
npa semua org sedih2..npa dtg rmh Nenek rmai2..???
Oh mungkin takut Nenek rasa sjuk..
Plahan2 aq melihat pcik2 mgeluarkan Nenek dlm bas
Kelihatan Jelas dri Kaki........hinggalah
Ya Allah.....


kenapa muka Nenek ditutup mcmtu....?????
Mcmna Nenek leh bernafas??
OH TIDAK!!!!!!!
KENAPA DIAORG TIPU AQ!
Kenapa tak bagitaw aq AWAL2?
Aq lom lgi kata kat Nenek aq sayang sgt Kat Nenek..:'(

Patutlah semua org sayu melihat aq... aq tertunduk lalu rebah kt tepi tangga
Melihat Mayat Neneku..melimpasiku
'aq menangis dan terus menangis......'
tnpa sedar aq di pimpin msuk ke dlm rumah..


Seminggu aq tdk byk bkata2.....aq trasa sepi sgt2
tdo sbelah adikku...kdg2 terpelok adik time tdo
lupa nenek sda tak ada...smpai adik aq hairan aq plok dia..:'(

terasa duniaku terus berubah hingga kini
tidurku tdk berteman..
aq belajar banyak perkara
Terima Kasih Nenekku Atas Segala2nya

Semoga Allah Mencucuri Rahmat Keatas Arwah Nenekku
AYANG BINTI NUSA