Saturday, January 14, 2012

MANCHESTER UNITED..

My Favourite Team...


 Manchester United Football Club merupakan kelab bola sepak inggeris terkenal, berpusat di old trafford di Trafford,Greater Manchester dan juga merupakan salah satu kelab sukan terkenal dengan lebih 50 juta peminat di serata dunia .Manchester United adalah merupakan salah satu kelab yang berjaya di dunia, dengan telah memenangi Liga Perdana Inggeris, Divisyen Pertama Liga Bola Sepak Inggeris sebanyak 15 kali,Piala FA 11 kali (rekod kelab Inggeris), Piala Liga dua kali, Piala Eropah dua kali, Piala Pemegang Piala UEFA sekali, Piala Antara Benua  (Intercontinental Cup) sekali, dan Piala Super Eropah (European Super Cup) sekali. Kelab ini juga memegang purata tertinggi kehadiran penonton didalam sejarah bola sepak Inggeris sepanjang 34 musim, dengan pengecualian pada tahun 1987-89 semasa pembangunan semula Old Trafford. Kelab ini juga mendapat tempat kedua dalam undian' Kelab Fifa Abad Ke- 20', di belakang Real Madrid (berasaskan undian pembaca dwi-bulanan Majalah FIFA pada Disember 2000).

  Semenjak tahun 1991, kelab ini telah beroperasi sebagai Syarikat Awam Berhad , dengan cubaan pengambilalihan oleh Rupert Murdoch pada tahun 1998 di sekat oleh Kerajaan British. Walau bagaimanapun, pada Mei 2005 Malcolm Glazer berjaya menyempurnakan pengambilalihan kelab dan mengeluarkan kelab dari senarai bursa saham.


  Pengurus Manchester United pada ketika ini ialah Sir Alex Ferguson yang mengambil alih kelab pada 6 November 1986 setelah pemecatan Ron Atkinson. Kapten bagi Manchester United masa kini ialah  Nemanja Vidic,mengambil alih dari Gary Neville pada 16 Novenber 2005.

 Salah Satu Pemain Favourite Saya..:p


Profil Dan Biodata Lengkap Javier Hernandez ( Chicharito )

Informasi Pribadi

Nama : Javier Hernández Balcázar
Tarikh lahir : 1 Juni 1988 (umur 22)
Tempat lahir : Guadalajara, Meksiko
Tinggi 1.75 m : (5 ft 9 in)[1][2]
Posisi bermain : Penyerang

Informasi klub

Kelab Manchester United
No 14

Karier muda

1997–2006 Guadalajara

Karier senior

Tahun Tim Apps (Gol)
2006–2010 Guadalajara 64 (26)
2010– Manchester United 16 (7)

Tim nasional

2007–2009 Mexico U-20 5 (1)
2009– Mexico 20 (11)

Profil Pemain

Javier "Chicharito" Hernández Balcázar (lahir 1 Juni 1988; umur 22 tahun) adalah seorang pemain sepak bola Mexico yang bermain di posisi pemain depan untuk klub C.D. Guadalajara. Hernández akan menjadi orang Mexico pertama yang akan bergabung dengan klub Manchester United pada 1 Julai 2010.[3] Ia sering digelar Chicharito oleh peminatnya,  bererti 'si kacang kecil dalam bahasa mexico.

5 comments: