Thursday, January 19, 2012

Aq tetap aq...sekadar puisi (^_^)


Aku adalah diriku..
tapi engkau tak pernah memahaminya..
engkau buat Aku sentiasa resah dan gelisah
namun Aku sentiasa besabar
menempuh hari-hari yang mendatang..
yang amat menyentuh hatiku..
tahukah engkau tentang itu?

Seminit dia tak reply mesej..tu biasa saja
sejam...dia busy kot
sehari...dia ok ke? sihat ke?
seminggu..dia dah lupakan saya

setahun berlalu...harap dia bahagia kat sana
bertahun2...masih tiada juga,
ingat lagi ke dia kat saya...sebab saya tak pernah lupakan dia

Saturday, January 14, 2012

MANCHESTER UNITED..

My Favourite Team...


 Manchester United Football Club merupakan kelab bola sepak inggeris terkenal, berpusat di old trafford di Trafford,Greater Manchester dan juga merupakan salah satu kelab sukan terkenal dengan lebih 50 juta peminat di serata dunia .Manchester United adalah merupakan salah satu kelab yang berjaya di dunia, dengan telah memenangi Liga Perdana Inggeris, Divisyen Pertama Liga Bola Sepak Inggeris sebanyak 15 kali,Piala FA 11 kali (rekod kelab Inggeris), Piala Liga dua kali, Piala Eropah dua kali, Piala Pemegang Piala UEFA sekali, Piala Antara Benua  (Intercontinental Cup) sekali, dan Piala Super Eropah (European Super Cup) sekali. Kelab ini juga memegang purata tertinggi kehadiran penonton didalam sejarah bola sepak Inggeris sepanjang 34 musim, dengan pengecualian pada tahun 1987-89 semasa pembangunan semula Old Trafford. Kelab ini juga mendapat tempat kedua dalam undian' Kelab Fifa Abad Ke- 20', di belakang Real Madrid (berasaskan undian pembaca dwi-bulanan Majalah FIFA pada Disember 2000).

  Semenjak tahun 1991, kelab ini telah beroperasi sebagai Syarikat Awam Berhad , dengan cubaan pengambilalihan oleh Rupert Murdoch pada tahun 1998 di sekat oleh Kerajaan British. Walau bagaimanapun, pada Mei 2005 Malcolm Glazer berjaya menyempurnakan pengambilalihan kelab dan mengeluarkan kelab dari senarai bursa saham.


  Pengurus Manchester United pada ketika ini ialah Sir Alex Ferguson yang mengambil alih kelab pada 6 November 1986 setelah pemecatan Ron Atkinson. Kapten bagi Manchester United masa kini ialah  Nemanja Vidic,mengambil alih dari Gary Neville pada 16 Novenber 2005.

 Salah Satu Pemain Favourite Saya..:p


Profil Dan Biodata Lengkap Javier Hernandez ( Chicharito )

Informasi Pribadi

Nama : Javier Hernández Balcázar
Tarikh lahir : 1 Juni 1988 (umur 22)
Tempat lahir : Guadalajara, Meksiko
Tinggi 1.75 m : (5 ft 9 in)[1][2]
Posisi bermain : Penyerang

Informasi klub

Kelab Manchester United
No 14

Karier muda

1997–2006 Guadalajara

Karier senior

Tahun Tim Apps (Gol)
2006–2010 Guadalajara 64 (26)
2010– Manchester United 16 (7)

Tim nasional

2007–2009 Mexico U-20 5 (1)
2009– Mexico 20 (11)

Profil Pemain

Javier "Chicharito" Hernández Balcázar (lahir 1 Juni 1988; umur 22 tahun) adalah seorang pemain sepak bola Mexico yang bermain di posisi pemain depan untuk klub C.D. Guadalajara. Hernández akan menjadi orang Mexico pertama yang akan bergabung dengan klub Manchester United pada 1 Julai 2010.[3] Ia sering digelar Chicharito oleh peminatnya,  bererti 'si kacang kecil dalam bahasa mexico.

Friday, January 13, 2012

kerja2 ku..

  Alhamdulilah..walau keja nie amat memenatkan tp aku benar2 ingin merasa semua keja yang aq lom pnah buat. Hasilnya amat memuaskan sebab 1 family suka hasil kerja aku.. nie hadiah buat kakaku yang akan melangsungkan perkahwinan 05.02.2012. Semoga berbahagia kakakku.. Amin



 Disaat2 aku mengemas..tiba2 terjumpa lak kad nie..em kaulah sahabat aku yang paling jauh






  Yang paling menyedihkan...terjumpa lak benda nie. Kenangan kembali lagi walau dah lama hendak di lupakan..


entahlah..

Wednesday, January 11, 2012

dairyku...

kena gak luah...


Napa aku buat blog nie?
sejujurnya first sebab aku berminat bca info
yang begitu menarik leh dikongsi bersama-sama.
semua nie atas jasa sahabat yang amat aku sayangi
http://anahiettahafibs.blogspot.com/
thanks frend love u so much..

second..sebab aku seorang yang tidak banyak  ceta
dan sukar berkomunikasi ngan semua orang..kecuali  ngan afibs
(camtulah kritikan yang ag dengar setakat nie)
alhamdulilah dah ada perkembangan..

third..aku sukar meluah ngan orang apa yang aku suka..
dlm blog nie..aku leh share apapun..
mungkin rmai yang menyampah bca blog aku nie..hehhee
tapi sesungguhnya aku ikhlas berkawan..


tak tahu nak kata apa lagi..semoga hari2 mendatang kan ada nur yang menyinari
jalan hidupku.. mari kita saling berdoa dan saling mengingati
life is short make its sweet...(^_^)

Tuesday, January 10, 2012

 



                             

                      
                      









  AKU DAN KAMU

Aku dan kamu...
aku mungkin tersalah langkah
malu sangat bila teringat kembali..
ia benar2 menyedihkan..
namun aku buat sebagai iktibar dan
sebagai kekuatan agar sentiasa displin dalam
membuat keputusan..

Aku dan kamu...
siapa aku padamu?
aku benar2 ingin mengetahuinya...
tapi bila lihat pada kelakuanmu
aku hanyalah aku padamu..
aku ingin sekali berputus asa menunggu
tapi memikirkan aku banyak bersabar..
menunggu dan menunggu
aku tak nak semuanya berakhir sebegitu..
tahukah kau tentang itu?

Aku dan kamu...
hati nie terasa sayu..
bila lihat kau ada masa dengan benda lain..
kau ibarat cinta fantasiku...
salahkah aku kerana salah memilih?
padahal perkenalan kita begitu tidak disangkakan..
semuanya bermula dengan ikatan di jalan-Nya
entah bila kau tiba2 berubah..
hingga aku menangis di tengah malam yang sepi..

Aku dan kamu...
kau kata kau sayang dan cintakan aku..
dan memohon agar aku sentuasa menunggu
kau menafikan apa yang aku terbaca di Fb mu..
kau kata..kau bukan seperti itu..
tahukah kah betapa sedihnya hatiku saat itu..
terasa nafasku sesak sekali..


Aku dan kamu...
kini tiada lagi aku untukmu..
tiada lagi bertanya khabar dan ambik berat tentangmu..
doaku semoga engkau berbahagia selalu..
di samping insan-insan yang menyayangimu
Amin...

Sunday, January 8, 2012

love story..too (^_^)



   Di sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, yg berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yg dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. Menyedari keadaan dirinya yg sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan, tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai itu lalu dimakan.


  Tiba-tiba timbullah rasa kesal dlm hatinya kerana menyedari bahawa beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Lalu Abu Salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak sebatang pohon epal yg lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di tepi sungai tersebut. Yakinlah Abu Salleh bahawa inilah pohon yg dicari, maka beliau pun segera menemui pemilik pohon epal berkenaan.

Tatkala melihat Abu Salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji epal yg dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pemilik pohon tersebut bahawa Abu Salleh adalah seorang pemuda yg wara’. Pemilik pohon itu sebenarnya adalah seorang wali yg amat disegani di kawasan itu yg berasal drp keturunan Imam Husin r.a, dikenali sbg Syeikh Abdullah. Beliau tertarik pd keikhlasan dan ketaqwaan Abu Salleh lalu berhasrat utk mengujinya dgn mengenakan syarat agar Abu Salleh bekerja di ladangnya selama 12 tahun. Tanpa banyak soal Abu Salleh pun bersetuju dgn syarat tersebut.

Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi Abu Salleh berjumpa dgn Syeikh Abdullah utk memohon maaf atas peristiwa lalu. Kali ini Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kpd Abu Salleh. Syeikh Abdullah bersedia memaafkan Abu Salleh seandainya beliau menikahi puterinya, seorang yg digambarkan sbg lumpuh, buta, tuli dan bisu. Apabila memikirkan balasan yg bakal diterima di kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan drp Syeikh Abdullah, Abu Salleh redha dan bersetuju utk menikahi puteri Syeikh Abdullah.

Pada malam pernikahan tersebut, Abu Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi salam kpd isterinya. Melihat seorang wanita yg cantik berada di dalam bilik itu, Abu Salleh segera beredar menuju ke tempat Syeikh Abdullah kerana menyangkakan ada wanita lain yg menceroboh masuk ke dalam kamar tidurnya. Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan berkata:

“Wahai Abu Salleh, mmg itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah. Ku katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak pernah menuturkan sesuatu yg sia-sia.”
Bersyukurlah Abu Salleh atas anugerah yg tak terhingga, hikmah drp sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah SWT ke atas dirinya. Hasil dari perkahwinan pasangan yg soleh ini lahirlah seorang wali Allah yg amat masyhur dari keturunan Rasulullah SWT, yg bernama Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau amat dikenali dgn gelaran “Mahyuddin” bermaksud “Yang Menghidupkan Agama”.