Aha now nak share something..
nie akibat sebab tak bole luah ngan teman study..:P
lama tak update blog dan berpuisi suka suki sebuah perjalanan
Teman..
kenapa aku di sini?
kerana aku ingin berjaya
hatiku sangat tersentuh dapat melangkah di menara ilmu ini
aku ingin mencapai cita2 dan juga aku ingin membuat
keluargaku bahagia
terutama kedua orang tuaku.
Teman..
kenapa aku teruskan juga perjalanan ini?
kerana aku telah lama berdiri di perjalanan ini
hingga aku jauh ketinggalan
aku ingin usahaku seiring usiaku di dunia.
Teman..
aku juga ingin berjaya..
aku ingin merasa nikmat dunia yang bahagia
di jalan-Nya
aku perlu teman aku perlu sokongan
aku tak ingin menyakiti juga tak mahu disakiti
oleh itu, ketahuilah
tiada niatku ingin menjadi saingan sesiapa
demi kepentinganku sendiri.
Teman..
aku orang susah
pahit manis aku tempuhi dengan senyuman
sebab itu tiada siapa menyedari tangisanku
kerana tangisanku tidak berlagu
hanya tangisan penuh kesyukuraan
Teman..
aku faham situasi
diamku bukan aku setuju tapi aku tak mahu
bila aku berkata2 aku akan mengeluarkan kata2 berbisa
Teman..
fahamila diriku
jalan hidupku hanya aku yang lalui
jika aku rebah (Selain Allah)
siapa lagi menghulurkan tangan padaku
Teman..
aku takut sungguh aku takut
secara perlahan tanganku
telah dilepaskan
tinggallah aku di sini
dan aku hanya mampu melihat
kau melangkah jauh ke hadapan
Pergilah sepi...
No comments:
Post a Comment