Sunday, December 30, 2012

Everyday is new chapter...

Sedar tak sedar sok dah tahun 2013
(mengikut calender diguna pakai seluruh dunia)
post terakhir buat 2012 

Wht u gve u get bck...









Everyday is new chapter
mulakan dengan Bismillah

Dengarlah bisikan Tuhan..
Penuhilah panggilan-Nya melalui kemanisan ketaatan. 
Jika tidak.. 

kita terpaksa mendengar 'jeritan'Nya 
menerusi azab pedih dosa apabila terus menerus derhaka....
Ya Allah..

 jadikanlah kami hamba yang 'amil (mengamal) setelah 'alim (mengetahui) ilmu-MU 

Apapun yang telah aku lalui
yang manis akan  ku simpan dan akan ku ingat saatku terjatuh
yang pahit akan ku buat sebagai ingatan agar aku sentiasa bersyukur
terlalu banyak hendakku kenang
akhirnya mengalir jua air mata ini.

Sedih bila pernah tersesat di jalan sempit
tanpa disedari diri telah melakukan kesalahan
sungguh Allah amat menyayangi hambanya
hingga diri sedar dan tahu Dia sentiasa ada saat suka dan duka
aku sudah tidak kenal erti sendiri kerana apapun yang aku jalani
Dia sentiasa ada dan Dia lebih mengerti.

Maafkan aku jika aku sepi 
tapi bukan niatku...
aku cuma ingin mengenali diri ini
dan sekali lagi aku akan bermula di bawah
tinggallah aku di sini
dan terusla kau melangkah 
kerana ada sinar kebahagiaan di depanmu
jangan pernah lagi pandang ke belakang
kerana sejujurnya aku malu
dan aku takut aku tak mampu melangkah lagi
janji bahawa kita akan sentiasa bahagia.

Dalam hati manusia ini ada satu organ
yang paling penting iaitu al qalbu..hati nurani
inilah anugerah penting dalam kejadian manusia
sekiranya hati ini elok baik..maka baiklah diri ini
dunia dan akhirat
jika hati ini rosak..maka rosakla diri kita ini
dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment