Sunday, December 30, 2012

Everyday is new chapter...

Sedar tak sedar sok dah tahun 2013
(mengikut calender diguna pakai seluruh dunia)
post terakhir buat 2012 

Wht u gve u get bck...









Everyday is new chapter
mulakan dengan Bismillah

Dengarlah bisikan Tuhan..
Penuhilah panggilan-Nya melalui kemanisan ketaatan. 
Jika tidak.. 

kita terpaksa mendengar 'jeritan'Nya 
menerusi azab pedih dosa apabila terus menerus derhaka....
Ya Allah..

 jadikanlah kami hamba yang 'amil (mengamal) setelah 'alim (mengetahui) ilmu-MU 

Apapun yang telah aku lalui
yang manis akan  ku simpan dan akan ku ingat saatku terjatuh
yang pahit akan ku buat sebagai ingatan agar aku sentiasa bersyukur
terlalu banyak hendakku kenang
akhirnya mengalir jua air mata ini.

Sedih bila pernah tersesat di jalan sempit
tanpa disedari diri telah melakukan kesalahan
sungguh Allah amat menyayangi hambanya
hingga diri sedar dan tahu Dia sentiasa ada saat suka dan duka
aku sudah tidak kenal erti sendiri kerana apapun yang aku jalani
Dia sentiasa ada dan Dia lebih mengerti.

Maafkan aku jika aku sepi 
tapi bukan niatku...
aku cuma ingin mengenali diri ini
dan sekali lagi aku akan bermula di bawah
tinggallah aku di sini
dan terusla kau melangkah 
kerana ada sinar kebahagiaan di depanmu
jangan pernah lagi pandang ke belakang
kerana sejujurnya aku malu
dan aku takut aku tak mampu melangkah lagi
janji bahawa kita akan sentiasa bahagia.

Dalam hati manusia ini ada satu organ
yang paling penting iaitu al qalbu..hati nurani
inilah anugerah penting dalam kejadian manusia
sekiranya hati ini elok baik..maka baiklah diri ini
dunia dan akhirat
jika hati ini rosak..maka rosakla diri kita ini
dunia dan akhirat.

Marah tanda sayang betul ke?

Cuti seminggu ngan assigment n pblem...
sok blik tmpt stdy..lom siap2 lg :P

Suka lak tgk picture nie sweet sangat2....
bila saya bagitau akak saya yang pic nie sweet sangat

napa sebab pernah mengalami situasi cmtu?

Waaa! menyesal bagitahu  (-_-)'
honestly sbb lom pnah :P












Walaupun marah namun tetap sayang...:)
awak senyumla sebab bila awak senyum
awak akan lupa sedih
awak akan lupa benci
awak akan lupa marah
senyum ye..

S.M.I.L.E

fun jap ngan...
Ayat orang bercinta..
Lautan Api sangguku Renangi!!!
sanggup renangi? Hujan turun pun lari bertempiaran :P

Sesunggunya Allah tidak memandang
kepada rupa kamu..
tidak memandang
harta kamu..
akan tetapi Allah memandang kepada hati dan amalan kamu.

CINTA?
Cinta itu indah apatah lagi diiringi dengan kata2 dan punya kelebihan yang sedia ada..
tapi takkkan kemana melainkan sementara
kerana cinta itu hanya di bibir, hanya suka2 bukan di hati dan bukan kerana-Nya.

CINTA?
Cinta untuk selamanya..
saling memahami, saling menerima, saling mencontohi
Memahami kerana saling mempercayai dan saling mencintai
Menerima kerana saling mensyukuri, serasi dan saling memerlukan
Mencontohi kerana saling bekerjasama, saling menasihati, memberi sokongan, mengingati
dan saling  mendokan kebahagiaan agar sentiasa dirahmati dijalan-Nya

Jangan selalu nak cari insan yang terbaik.... 
Tapi jadilah yang terbaik... 
Yang terbaik adalah bila kita melihat kekurangannya suatu kelebihan..
Selalunya yang Allah beri memang YANG TERBAIK. 
Bersyukurlah...
Dan hargai dia selagi dia ada untukmu..
( khas buat yang halal sahaja... :-)

"Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

Saturday, December 22, 2012

Teman..

Aha now nak share something..
nie akibat sebab tak bole luah ngan teman study..:P
lama tak update blog dan berpuisi suka suki sebuah perjalanan


Teman..
kenapa aku di sini?
kerana aku ingin berjaya
hatiku sangat tersentuh dapat melangkah di menara ilmu ini
aku ingin mencapai cita2 dan juga aku ingin membuat
keluargaku bahagia
terutama kedua orang tuaku.

Teman..
kenapa aku teruskan juga perjalanan ini?
kerana aku telah lama berdiri di perjalanan ini
hingga aku jauh ketinggalan
aku ingin usahaku seiring usiaku  di dunia.

Teman..
aku juga ingin berjaya..
aku ingin merasa nikmat dunia yang bahagia
di jalan-Nya
aku perlu teman aku perlu sokongan
aku tak ingin menyakiti juga tak mahu disakiti
oleh itu, ketahuilah
tiada niatku ingin menjadi saingan sesiapa
demi kepentinganku sendiri.

Teman..
aku orang susah
pahit manis aku tempuhi dengan senyuman
sebab itu tiada siapa menyedari tangisanku
kerana tangisanku tidak berlagu
hanya tangisan penuh kesyukuraan

Teman..
aku faham situasi
diamku bukan aku setuju tapi aku tak mahu
bila aku berkata2 aku akan mengeluarkan kata2 berbisa

Teman..
fahamila diriku
jalan hidupku hanya aku yang lalui
jika aku rebah (Selain Allah)
siapa lagi menghulurkan tangan padaku

Teman..
aku takut sungguh aku takut
secara perlahan tanganku
telah dilepaskan
tinggallah aku di sini
dan aku hanya mampu melihat
kau melangkah jauh ke hadapan

Pergilah sepi...