Sunday, April 22, 2012

Di dalam diam

Rindu


Kata orang, rindu itu tanda ingatan
kepada seseorang yang tiada di depan mata
Kata kamus, rindu itu keinginan yang kuat
mahu bertemu dengan seseorang
Kata pujangga, rindu itu hadir selepas suka dan cinta..
kita tidak akan suka tanpa bersua muka, tidak cinta tanpa rasa suka dan tidak rindu
tanpa rasa cinta.

Membaca membuat aq terbaca  kata2 nie.. petang yang sunyi tapi aq mendapat info yang bole dikongsi bsama..

Rindu itu ialah cinta, dan ada rindu yang disertai dengan menjaga diri dan ada juga yang diikuti dengan kerendahan. Maka rindu bukanlah hal yang tercela dan keji secara mutlak. Tetapi rindu itu ialah, rindu yang disertai dengan menjaga diri dan kesucian, dan kadang-kadang ada rindu itu disertai kerendahan dan kehinaan.

Rindu juga termasuk dalam amalan hati, yang orang tidak mampu dihalang kerana ia hadir tanpa di duga. Tapi manusia akan dihisab atas sebab-sebab yang diharamkan dan atas hasil-hasilnya yang haram. Adapun rindu yang disertai dengan menjaga diri padanya dan menyembunyikannya dari sesiapa, Dalam kerinduan dengan tetap menjaga kehormatan diri dan ,menyembunyikan dari sesiapa meskipun kerinduan itu timbul dari perkara yang haram sebagaimana pembahasan dalam masalah cinta.

Orang yang memendam kerinduan, dengan tetap menjaga kehormatan dan menyembunyikan kerinduannya sebab dia tidak mampu untuk mendapatkan apa yang dirindukannya dan bersabar. jika difahami kesabaran dalam kerinduan bukan dalam kefajiran yang mengikuti syahwat dan dia bukan orang yang rendah yang melecehkan kehormatan manusia bahkan dia adalah seorang yang sabar, menjaga diri meskipun dalam hatinya ada kekuatan dan ada keterkaitan dengan yang dirindui, dia tahan kekerasan jiwanya, dia ikat anggota badannya sebab ini di bawah kekuasaannya. Adapun hatinya dia tidak bisa menguasai maka dia bersabar atasnya dengan sikap afaf (menjaga diri) dan menyembunyikan kerinduannya sehingga dengan itu dia mendapat pahala.

setakat nie je yang saya leh kongsi bersama..(^_^)

Setiap orang berharap hari2 yang mendatang, pjalanannya akan lebih baik
dari sebelumnya.

harap begitula perjalanan hidupku

No comments:

Post a Comment