Tuesday, July 12, 2011

My Melodies...

Destinasiku...
Aku di sini memandang ke arah nun jauh di sana
mengimbau hari-hari yang berlalu yang begitu mengusik hatiku
ku sapu air mata yang mengalir tak henti
tak ku sangka emosiku berlanjutan sebegini.

Sesungguhnya aku bangga lahir di kampung halamanku...
membesar bersama insan-insan yang amat menyayangiku
insan-insan yang amat ku sayangi
segala kenangan suka dan duka bersama keluarga
mengajar aku mengenali betapa hidup ini penuh dengan warna-warni
dan pahit-manis kehidupan

Sering kali teruji kerana situasi.....
ia benar-benar melukai hatiku
sungguh ia memberi kesan pada diriku hinga kini
namun tak pernahku sesali
kerana ini ujian dari yang Esa
sesiapapun pasti akan melalui cabaran kehidupan
dan aku akan mensyukuri nikmat yang Allah beri padaku.

Takkan ku hentikan kakiku melangkah
selagi aku mampu untuk mencuba dan berusaha
oleh itu hatiku....
Janganlah kau bersedih lagi
hapuskan air matamu
kerana hari-hari yang mendatang pasti ada nur
yang akan menyerikan pengembaraanmu....

2 comments:

  1. saya suka puisi kamu teman!!!..... waduh.. aku seolah rasank nanges pun ada..hehe

    ReplyDelete
  2. puisi suka n duka ja nie hhehehehhe..thanks u alwys wth me thanks 4 everthing my beloved frend...

    ReplyDelete