Teringat lak time menonton tv imam muda..tertarik sangat bila finalis menyampaikan tajuk akhlak.
jom share2 ceta kebaikan berakhlak baik. Kita sebagai hamba Allah kadang2 tak menyedari akhlak2 yang baik dalam kehidupan seharian kita..mcamna akhlak kepada Allah dan akhlak kepada kita sesama manusia. Saya sendiri...baru menyedari betapa luasnya ilmu yang kita tak pelajari leh mbantu dri agar sentiasa bertaubat n bermuasabah diri.
Malam nie saya tertarik sangat membaca buku yang bertajuk Rasiah mendapat pertolongan Allah..(Mulailah Dari Diri Anda) hasil karya Majdi Alahilali..da berkurun lamanya atas meja yang tak terusik2 pun utk dibaca.
Berakhlak baik merupakan sebahagian dari kesempurnaan iman. Rasulullah S.a.w bersabda.
"Orang yang paling sempurna imannya di antara kaum mukmin adalah yang paling baik akhlaknya".
Maka kamu akan melihatnya dengan wajah berseri2 dan tersenyum meski bagaimanapun keadaan yang dialaminya,hal ini sesuai dengan Sabda Nabi s.a.w.
"Janganlah kamu menganggap remeh suatu perbuatan baik,meskipun itu hanya sekadar tersenyum jika bertemu dengan saudaramu.
Bersikap ramah hingga ramai orang yang suka untuk bersahabat dgnya. Ucapanya disenangi oleh jiwa kerana lemah lembut dan tidak disertai sesuatu yang menyakitkan. Rendah diri terhadap orang lain,dia bercampur gaul dengan mereka dan bersenda gurau dgn mereka dgn baik dan tidak berlebihan dalam gurauaan sehingga tidak menyakiti orang lain dan ia tidak menyatakan kecuali yang benar, sebagaimana keadaan Rasulullah s.a.w.
"Allah mengasihi seseorang yang bertolak ansur ketika menjual,membeli dan memutuskan perkara.
Ia memiliki maruah,dan terhindar diri dari perbuatan hina,kurang baik. Baik lisan mahupun perbuatan. Ia selalu memilih perkataanya sebagaimana ia memilih buah-buahan hingga tidak pernah menyakiti hati orang lain dari kaum muslimin dgn perkataan yang menyinggung perasaan orang yang mdgrnya. Maka keadaanya sebagaimana yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w .
"Sesorang mukmin hendaklah tidak menjadi orang yang pencela,pelaknat,pelaku perbuatan keji dan buruk".
Ia selalu menunjukkan kebaikan dan selalu ingin memberikan sesuatu yang bermanfaat kpd orang lain. Rasulullah s.a.w bersabda..
"Pada setiap hari terdapat sedekah di sendi manusia ketika matahari terbit. Seterusnya baginda bersabda: Berlaku adil diantara 2 orang manusia adalah sedekah,membantu seseorang naik ke atas binatang tungganganya atau mengangkatkan barangnya ke atas belakang binatang tungangganganya juga adalah sedekah. Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah menuju sembahyang adalah sedekah dan membuang sesuatu yang berbahaya di jalan adalah sedekah".
(H.R Muttafaq alaihi)
No comments:
Post a Comment