Tuesday, July 12, 2011

My Melodies...

Destinasiku...
Aku di sini memandang ke arah nun jauh di sana
mengimbau hari-hari yang berlalu yang begitu mengusik hatiku
ku sapu air mata yang mengalir tak henti
tak ku sangka emosiku berlanjutan sebegini.

Sesungguhnya aku bangga lahir di kampung halamanku...
membesar bersama insan-insan yang amat menyayangiku
insan-insan yang amat ku sayangi
segala kenangan suka dan duka bersama keluarga
mengajar aku mengenali betapa hidup ini penuh dengan warna-warni
dan pahit-manis kehidupan

Sering kali teruji kerana situasi.....
ia benar-benar melukai hatiku
sungguh ia memberi kesan pada diriku hinga kini
namun tak pernahku sesali
kerana ini ujian dari yang Esa
sesiapapun pasti akan melalui cabaran kehidupan
dan aku akan mensyukuri nikmat yang Allah beri padaku.

Takkan ku hentikan kakiku melangkah
selagi aku mampu untuk mencuba dan berusaha
oleh itu hatiku....
Janganlah kau bersedih lagi
hapuskan air matamu
kerana hari-hari yang mendatang pasti ada nur
yang akan menyerikan pengembaraanmu....

Husnul Khalqi (berakhlak baik)

  Teringat lak time menonton tv imam muda..tertarik sangat bila finalis menyampaikan tajuk akhlak.
 jom share2 ceta kebaikan berakhlak baik. Kita sebagai hamba Allah kadang2 tak menyedari akhlak2 yang baik dalam kehidupan seharian kita..mcamna akhlak kepada Allah dan akhlak kepada kita sesama manusia. Saya sendiri...baru menyedari betapa luasnya ilmu yang kita tak pelajari leh mbantu dri agar sentiasa bertaubat n bermuasabah diri.

  Malam nie saya tertarik sangat membaca buku yang bertajuk Rasiah mendapat pertolongan Allah..(Mulailah Dari Diri Anda) hasil karya Majdi Alahilali..da berkurun lamanya atas meja yang tak terusik2 pun utk dibaca.

  Berakhlak baik merupakan sebahagian dari kesempurnaan iman. Rasulullah S.a.w bersabda.

"Orang yang paling sempurna imannya di antara kaum mukmin adalah yang paling baik akhlaknya".
 
  Maka kamu akan melihatnya dengan wajah berseri2 dan tersenyum meski bagaimanapun keadaan yang dialaminya,hal ini sesuai dengan Sabda Nabi s.a.w.

"Janganlah kamu menganggap remeh suatu perbuatan baik,meskipun itu hanya sekadar tersenyum jika bertemu dengan saudaramu.

  Bersikap ramah hingga ramai orang yang suka untuk bersahabat dgnya. Ucapanya disenangi oleh jiwa kerana lemah lembut dan tidak disertai sesuatu yang menyakitkan. Rendah diri terhadap orang lain,dia bercampur gaul dengan mereka dan bersenda gurau dgn mereka dgn baik  dan tidak berlebihan dalam gurauaan sehingga tidak menyakiti orang lain dan ia tidak menyatakan kecuali yang benar, sebagaimana keadaan Rasulullah s.a.w.

"Allah mengasihi seseorang yang bertolak ansur ketika menjual,membeli dan memutuskan perkara.

Ia memiliki maruah,dan terhindar diri dari perbuatan hina,kurang baik. Baik lisan mahupun perbuatan. Ia selalu memilih perkataanya sebagaimana ia memilih buah-buahan hingga tidak pernah menyakiti hati orang lain dari kaum muslimin dgn perkataan yang menyinggung perasaan orang yang mdgrnya. Maka keadaanya sebagaimana yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w .
"Sesorang mukmin hendaklah tidak menjadi orang yang pencela,pelaknat,pelaku perbuatan keji dan buruk".

  Ia selalu menunjukkan kebaikan dan selalu ingin memberikan sesuatu yang bermanfaat kpd orang lain. Rasulullah s.a.w bersabda..

"Pada setiap hari terdapat sedekah di sendi manusia ketika matahari terbit. Seterusnya baginda bersabda: Berlaku adil diantara 2 orang manusia adalah sedekah,membantu seseorang naik ke atas binatang tungganganya atau mengangkatkan barangnya ke atas belakang binatang tungangganganya juga adalah sedekah. Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah menuju sembahyang adalah sedekah dan membuang sesuatu yang berbahaya di jalan adalah sedekah".
                                                                                                                    (H.R Muttafaq alaihi)

Thursday, July 7, 2011

Disappointed?

 JOM SHARE2 CETA...



  Amat sukar bagi sesorang itu bermuasabah diri apabila mengalami kekecewaan. Hurt? yups memang hurt sangat..mestilah tapi bila fikir2 semula,cuba tanya diri sendiri apa tujuan kita berada di dunia ini. Adakah untuk menyakitkan hati orang lain atau disakiti.

  Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.

  Ada masa kita lupa siapa kita sebanarnya,faktor keduniaan membuat kita alpa. kita ingin keseronokan,kita Kadang2 bangga diri n pentingkan diri sendiri. Bila kita mendapat balasan kita terus give up,rasa tak berguna n kecewa hingga melakukan perkara yang memudaratkan diri sendiri....nauzubillah.

  Kepada yang berkeluarga kita susahkan keluarga kita...kepada yang bersahabat kita manfaatkan mereka, kepada yang menyayangi kita sakiti mereka...menunjukkan keegoan ,betapa sempurnanya kita...n kepada yang tak punya sesiapa kita lupa bahawa Allah sentiasa bersama kita.

  Hidayah atau nikmat takkan kita capai kalau kita tidak mendekatkan diri padanya. Seperti first nak stdy kalau tak baca n faham kita takkan ada ilmu yang bole kita perolehi. Kita kena ikhlas n berusaha. Kita takut sunyi..sepi n sendiri,kadang2 kita perlu berdikari. Rasa hurt sangat takda sapa yang peduli. Ada yang tertekan sebab hal ini? Tu sebab perlu bermuasabah diri...sampai bila kita nak lemah n tidak gunakan anugerah yang Allah beri ke jalan yang berfaedah...betapa sempitnya fikiran kita.

  Kita meskin?keluarga susah...kadang2 makanan pun kena share ngan family lebih2 law ramai adik beradik. Family ramai...susah sangat banyak nak di korbankan..sekolah tak tinggi pastu ada family yg selalu bertengkar. Ada masa rasa rendah sgt ngan family lain n kawan2 semua hidup senang. Kita nak seperti mereka tapi bagaimana?.Kita tahu family kita bermasalah ..kita nak seperti orang lain. Lihatlah Guru kita... mereka da mendidik kita n memberi ilmu..family mendorong kita n kawan2 beri nasihat tapi tak dimanfaatkan sebaliknya memberontak n berfikiran sempit. stop utk terlalu ikutkan emosi...berzikirlah..kita akan lihat kesannya. Tengok wajah ustaz/ustazah,orang berilmu n golongan yg mendekatkan diri kepada Allah, betapa tenangnya n lihat wajah kanak2 yang mengaji betapa sejuknya hati kita melihatnya..Subhanallah.   

  Kenalilah diri kita dulu kita seorang yang bagaimana?mcmna agar kita dapat bersihkan diri dari segala yang bole memudaratkan diri sendiri. kita bukan nak jadi terlalu sempurna..kerana setiap orang ada kebolehan n kelemahan masing2. Tapi cukuplah kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai manusia..iaitu hamba Allah.

  Yang berlalu biarlah berlalu yang penting diri kita yang sekarang...