Tuesday, August 28, 2012

Awak..

Bercuti di rumah, sempena Hari Raya happy sangat2 tapi minggu depan balik tempat study lagi :(. 
Dah lama tak update blog..malam tadi sahabat2 suruh buatkan puisi lagi em..dah lama tak hasilkan karya hehehe. sahabat2ku nie puisi untuk korang mengikut kemahuan isi2 hati ;).

Aku insan biasa...
Tuhan jagakan dia
dia kekasihku, dia milikku
aku sungguh mencintai
sungguh menyayangi setulus hatiku

Aku insan biasa..
tidak cantik dan tidak bergaya
bukan pelajar pintar, bukan juga anak orang kaya
seorang yang pemalu juga penakut
adakalanya memang benar2 penakut

Aku juga anak kampung..
gadis biasa dan cukup sederhana
kurang bergaul juga pendiam
adakalanya kurang berkata-kata
mungkin kerana aku gemar memerhati
suka menyimpan rasa hati
suka bersendirian dan suka berpuisi

Aku juga seperti gadis lain..
ingin punya segalanya
tapi aku percaya dengan Kuasa Allah s.w.t
Dia tak pernah tidur dan Dia lebih mengerti
tiap yang berlaku ada hikmahnya
Aku juga ingin disayangi
ingin punya kekasih hati
tapi adakalanya diam itu lebih baik
kerana aku sentiasa sedar siapa aku
Aku mencintaimu kerana Allah
jika suatu masa aku sepi 
bukan kerana aku ada yang lain
tapi itulah yang terbaik
kita jea tahu apa yang kita rasa

Aku akan katakan...
akulah yang cantik, jika kau kata akulah cantik
akulah punya segalanya, jika itu katamu
akulah yang paling bahagia jika kau ikhlas menyayangi
akulah kakasihmu jika aku pilihanmu
aku akan terus mencintaimu jika kau pun mencintaiku
Terima kasih sayang, kerana terima aku apa adanya
Ketahuilah cinta ini bukan gurauan tapi cinta ikhlas dariku
bukan cinta sekadar dibibir mahupun mainan perasaan
aku hanya ingin mencintaimu dan menyayangimu 
mengikut syariat agama agar hubungan ini akan
dirahmati Allah

Aku juga akan pergi dan sepi...
jika itu kemahuanmu
ikhlaslah padaku katakanla sejujurnya jika kau ada yang lain
percayala aku akan berusaha menerimanya
tiada paksaan dalam perhubungan

Ya Allah.. 
bahagiakanlah dan rahamatilah kekasihku
temukanlah dia dengan gadis yang baik
gadis yang soleha juga memahami
kerana dia sungguh istemewa dan baik hati 
"gadis yang baik untuk lelaki yang baik"
kebahagiaanya adalah kebahagiaanku 
itu doaku dalam solatku
Amin

p/s puisi semata2..

Monday, August 27, 2012

Soalnya hati..

Soalnya hati..

Berbisik di dasar hati
bertanyakan pada diri
tantang kekasih
tentang cinta

CINTA..
Apa itu cinta?
terbaca puisi syair arab..
'Apabila seseorang bercinta ditanya (apakah kau menyintai atau sedang bercinta denganya?) maka dijawabnya (oh, tidak kawan sahaja..atau apa sahaja alasannya) ketahuilah dia pasangan yang sedang (menipu).

Cinta perlu difahami..
tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar gelojak perasaan atau serta rasa tertarik antara satu sama lain. Ada yang kata cinta itu buta dan merupakan perasaan semula jadi yang dialami oleh setiap insan.

Apakah maksud atau makna cinta? Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka. Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan.

Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal fikiran yang waras.

Islam tidak memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia.

Bagaimanapun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri seperti:

1. Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap.

Firman Allah s.w.t:
“... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)

2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para Anbia´

Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w.

Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji.

Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)

3. Cinta Sesama Mukmin

Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w.

Maksud firman Allah s.w.t:
“... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)

Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya.


Saturday, August 25, 2012

Inginku Sendiri



Biar mimpi..
mimpi indah menyerikan perjalanan ini,
membuat senyuman manis mekar lagi,
mampu membahagiakan insan2 disayangi,
dan mengaburi rasa kesedihan ini

Biar mimpi..
mimpi menakutkan berlalu pergi
bersama kelukaan yang menyakitkan ini
pergi bersama kesuraman dan kekecewaan dalam hati
yang tidak pernah terluah
yang tiada seorang pun yang tahu
yang hanya mampu terpendam dalam ingatan
di lubuk hati yang paling dalam

Pergilah sepi..
itu doaku, ku tahu itu Ujian buatku
tetapi kata2 itu hanya sekadar dibibir
sebagai kekuatan dan sebagai ingatan
kenangan itu telah pergi
saat kata2 indah itu dihadiahkan padaku
cukuplah setakat di sini

Cahaya..
ada cahaya di hujung pengembaraan ini
setelah hampir tersungkur di pertengahan jalan
setelah tersesat melangkah di laluan ini
Sesungguhnya Allah s.w.t tak pernah tidur
Dia lebih mengerti

Malam yang sepi..
menghirup sup cendawan
sambil melihat keindahan ciptaan-Nya
kedengaran bunyi cengkerik
bulan dan bintang tidak kelihatan
musim hujan menandakan
bebarapa hari ini cuaca mendung
mendung seperti hatiku saat2 ini