PENGORBANAN SEORANG WANITA..
Hati rasa tersentuh..bila membaca kat newspaper tentang kisah Siti Asiah binti Muzahim
KENALKAH pembaca sekalian dengan ratu syahadah bernama Siti Asiah binti Muzahim. Wanita ini adalah isteri kepada raja yang sangat zalim, Firaun. Tatkala Firaun menatap wajah cantik Asiah terus jatuh hati segera memberitahu pembesar negara bahawa dia ingin berkahwin dengan Asiah.
Namun Asiah tidak rela berkahwin dengan lelaki yang terkenal akan kejahatannya, Firaun bertindak ganas dengan menawan kedua orang tua Asiah lalu menyeksa dan menjadikannya sebagai tawanan.
Firaun memberi kata dua kepada Asiah sama ada melihat ibu bapanya mati atau berkahwin dengannya. Dalam situasi terpaksa, wanita terpilih itu akhirnya menyatakan persetujuannya membina mahligai dengan lelaki kejam.
Sebelum berkahwin Asiah mengajukan beberapa syarat kepada Firaun antaranya raja itu harus membebaskan kedua orang tuanya, membina rumah yang indah lengkap dengan perkakasnya, menjaga kesihatannya dan keperluan orang tuanya, Asiah bersedia menjadi isteri Firaun untuk hadir pada acara tertentu sebagaimana lazimnya seorang isteri raja, akan tetapi Siti Asiah tidak bersedia tidur bersama Firaun.
Jika permintaan Siti Asiah tidak dipenuhi, dia rela mati dibunuh bersama kedua ibu bapanya. Dek kerana sayangnya akan kekasih hati lantas Firaun memenuhi permintaan Siti Asiah.
Dan segera memerintahkan kepada Haman membuka rantai belenggu di tangan dan kaki kedua orang tuanya. Hiduplah Siti Asiah dalam mahligai kemewahan, namun semua itu langsung tidak menarik perhatiannya untuk mengingkari perintah ALLAH SWT, hampir setiap malam dia beribadah kepada ALLAH tanpa pengetahuan suaminya, doanya semoga ALLAH menjaga kehormatannya jangan sampai disentuh tangan kafir sekalipun suaminya.
Walaupun demikian, Asiah tetap melayan Firaun sebagaimana layanan seorang isteri kepada suaminya keadaan itu menguatkan lagi kasih sayang Firaun kepadanya.
Pengorbanannya adalah untuk kepuasan kedua orang tua yang melahirkan dan membesarkannya. ALLAH itu Maha Mendengar, Dia memberikan pertolongan kepada Asiah. ALLAH menciptakan iblis menyerupai Asiah untuk tidur bersama Firaun.
No comments:
Post a Comment