Saturday, June 9, 2012

IBU..
IBUKU
Ramai orang cakap masakan ibu sendiri adalah yang paling sedap , pendek kata memang tak boleh lawan la dengan ibu orang lain . sedangkan mungkin bagi orang lain masakan itu biasa-biasa sahaja :D
Tapi tahu tak kenapa anda sentiasa rasa masakan ibu anda yg paling sedap? sebab.. apabila seorang wanita itu memasak , dia memasak dengan sepenuh hati.. umpama kasih sayangnya diadun bersama rempah masakan tersebut...


'kenapa sedap sangat ibu masak?'

Sebab ada kasih sayang seorang ibu dalam masakan tersebut ...
orang lain rasa tak sedap , sebab mereka tak dapat rasa kasih sayang tu ♥
Special atau tidak masakan ibu tetap sedap..
sedapnya masakan ibu membuat hati terasa tersentuh. 
kasih sayang ibu sangat berharga.
sayang ibu sangat2...(^_^)


Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Berdasarkan hadith Nabi s.a.w (tak kira masih hidup atau telah tiada )Nescaya pintu rezekimu akak terbuka buat kamu...

" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari" 



PENGORBANAN SEORANG WANITA..




Hati rasa tersentuh..bila membaca kat newspaper tentang kisah Siti Asiah binti Muzahim


KENALKAH pembaca sekalian dengan ratu syahadah bernama Siti Asiah binti Muzahim. Wanita ini adalah isteri kepada raja yang sangat zalim, Firaun. Tatkala Firaun menatap wajah cantik Asiah terus jatuh hati segera memberitahu pembesar negara bahawa dia ingin berkahwin dengan Asiah.

Namun Asiah tidak rela berkahwin dengan lelaki yang terkenal akan kejahatannya, Firaun bertindak ganas dengan menawan kedua orang tua Asiah lalu menyeksa dan menjadikannya sebagai tawanan.

Firaun memberi kata dua kepada  Asiah sama ada melihat ibu bapanya mati atau berkahwin dengannya. Dalam situasi terpaksa, wanita terpilih itu akhirnya menyatakan persetujuannya membina mahligai dengan lelaki kejam.

Sebelum berkahwin Asiah  mengajukan beberapa syarat kepada Firaun antaranya raja itu harus membebaskan kedua orang tuanya, membina rumah yang indah lengkap dengan perkakasnya, menjaga kesihatannya dan keperluan  orang tuanya, Asiah bersedia menjadi isteri Firaun untuk hadir pada acara tertentu sebagaimana lazimnya seorang isteri raja, akan tetapi Siti Asiah tidak bersedia tidur bersama Firaun.

Jika permintaan Siti Asiah tidak dipenuhi, dia rela mati dibunuh bersama kedua ibu bapanya. Dek kerana sayangnya akan kekasih hati lantas Firaun memenuhi permintaan Siti Asiah.

Dan segera memerintahkan kepada Haman  membuka rantai belenggu di tangan dan kaki kedua orang tuanya. Hiduplah Siti Asiah dalam mahligai kemewahan, namun semua itu langsung tidak menarik perhatiannya untuk mengingkari perintah ALLAH SWT, hampir setiap malam dia beribadah kepada ALLAH tanpa pengetahuan suaminya, doanya semoga ALLAH menjaga kehormatannya jangan sampai disentuh tangan kafir sekalipun suaminya.

Walaupun demikian, Asiah tetap melayan Firaun  sebagaimana layanan seorang isteri kepada suaminya keadaan itu menguatkan lagi kasih sayang Firaun kepadanya.

Pengorbanannya adalah untuk kepuasan kedua orang tua yang melahirkan dan membesarkannya. ALLAH itu Maha Mendengar, Dia memberikan pertolongan kepada Asiah. ALLAH menciptakan iblis menyerupai Asiah untuk tidur bersama  Firaun.