Tuesday, February 14, 2012

Love 4 someone..

 Nie ceta sya share dari teman fb Azliah zai...mohon kebenaran. sebagai renungan bersama..(^_^)


 
Saya tinggalkan awak kerana Allah..


Tiada cinta yang terlepas dari pengorbanan.. ~

“ Bi, lepas ni Bi tak payah jemput sayang lagi ye.., sayang boleh pergi dan balik sendiri.. “
“Aik kenapa pulak ni.. tiba-tiba je…”
“Tak ada apa, tapi sayang dah tak nak naik motor tu lagi”
Pergh.. ni yang aku menyirap ni.. Motor aku ni pulak jadi punca.. Selalu ok je..
“apasal ni, dah ada sugar daddy nak bagi kereta ke?”
Panas pulak rasa hati ni, Berani pulak dia nak kondem motor aku.. Selama ni, motor aku lah yang bawak dia ke mana-mana.. Mana dia nak pergi, aku bawak.. Ceruk mana pun aku sanggup.. Ni dah lain pulak..
“Bukanlah.. sayang Cuma nak berdikari je..’”

Hari ini hari ahad, seronoknya dalam hati ni, tuhan saja yang tahu.. dah lama tak keluar dengan sayang.. Rindu betul aku dengan dia.. Hari ni tengok wayang.. Yahoo.. dan macam biasa aku tunggu dia dekat depan pawagam.. Dia berdegil nak datang sendiri.. tak mahu aku ambil.. dari jauh aku nampak dia.. Tapi lain sungguh.. Aku terkejut besar.. Diakah itu?

“Assalamualaikum .”
Ya Tuhan.. dia panggil aku ?.. kenapa dengan dia..
“waalaikumsalam.. Sayang.. kenapa ni?”
Aku pandang dia atas bawah.. Ternyata dia telah berubah.. Dia berhijab!. Dan aku sangat terpesona melihat indahnya dirinya lain dari yang aku selalu lihat..
Dia senyum.. dan dia tertunduk.. Malu barangkali melihat aku yang terpana melihat dia..
Aku juga terdiam.. Dalam hati penuh dengan tanda-tanya.. Aku mula berkira akan bersoal jawab dengan dia selepas habis menonton wayang sebentar lagi.. Ingin sekali aku rungkaikan segala bersarang dalam hati ini..
“dah jum kita masuk dalam”
Kata aku seraya menggenggam erat jemarinya… Dan aku terkesima tatkala dia menepis dan menarik laju jemarinya yang ku genggam.. dia tunduk dan menggeleng. Aku bertambah panas dan mula sangsi melihat keadaanya yang begitu..
“sayang.. salah apa yang bi buat ni.. kenapa dengan sayang..?”
“, kita masuk tengok dulu cerita ni.. nanti saya ceritakan”
Aku diam.. aku melangkah masuk dalam pawagam dengan keadaan yang sudah tidak terarah.. hatiku diulit bimbang.. dah kenapa pula dengan dia ni.. ada boyfriend baru ke.. dah tak sayang aku ke? Penuh tanda tanya dalm kepala aku ni..
Dan dia melangkah membontoti aku ke dalam..
Suasana sejuk dan sunyi dalam wayang tidak mampu membuatkan aku tenang.. Aku diam.. dan dia diam.. Ingin sekali aku menggenggam erat jemarinya, seperti selalu yang aku lakukan.. Ingin sekali aku membelai lembut rambutnya tatkala dia melintuk dibahuku.. Sungguh! Aku rindu.. Dan aku yakin sekali. Dia tidak akan berbuat demikian kali ini.. Mengapakah?...

Sebaik melabuhkan punggung di restaurant sambil menghirup Milo panas, aku sudah mula membuka minda dan hati untuk mendengar penjelasan darinya..
Dia?.. Dia hanya diam dan sesekali tunduk menguis jemarinya..
“Saya harap ini kali terakhir kita berjumpa.. “
Pendek, ringkas tetapi ia membunuhku..
“Sayang… apa yang bi dah buat ni.. tolonglah jelaskan.. jangan bagi bi mati terkejut macam ni,,”
Aku semakin tidak faham.. Lakonan apa yang sedang dia mainkan..

“Saya tinggalkan awak kerana Allah”
Pendek, ringkas dan membuatkan jantungku berhenti berdenyut!
“Jika benar awak menyayangi saya, berubahlah.. Ikuti jalan yang benar.. terlalu banyak kesilapan yang kita dah lakukan sebelum ni.. Saya tak pernah menyesal mengenali awak, . Tapi saya menyesal diatas segala kekhilafan kita…
Jika benar awak menyayangi saya.. berubahlah kearah kebaikan.. Datanglah menyunting saya bila awak yakin awak dapat membimbing dan menjadi imam saya kelak.. Jika tidak., lupakanlah saya.. Kerana saya bukan yang awak kenal dulu…
Maafkan saya … Saya terlalu menyayangi awak.. Terlalu sayang.. Tapi saya terpaksa tinggalkan awak demi kebaikan bersama.. Saya tinggalkan awak kerana Allah..”
Saat itu aku terasa seperti Petir berdentum ditelinga.. Seperti panah menikam dada.. Seperti pedih tersiat luka..
Tanpa aku sedari, airmata jantan ini meleleh.. atas dasar apa.. aku sendiri tidak pasti.. Ku raup mukaku sendiri.. Masih lagi terngiang-ngiang ditelingaku apa yang diperkatakan Lea semalam..

~saya tinggalkan awak kerana AllaH~
Dan aku juga akan berubah kerana Allah, … Jatuh lagi airmata ini.. Ya Tuhan, ampunkan diri ini

2 comments:

  1. sahabat.. U know..I cried when I read this..
    I dont know why.. bkn pasal cerita cinta dia..tp hijrah dia..hidayah milik Allah, & semua org harus berusaha mendapatkan hidayah itu...

    ReplyDelete
  2. aq pun emosi bca nie..hehe sama2la kita ambik sbgai pedoman (^_^)..

    ReplyDelete