Wednesday, February 22, 2012

Fakta n Fealiti...

  Rancangan realiti bersama ustaz Don malam td..mmang best. Ustaz bkongsi ilmu mengenai Menutup Aurat, saya rasa terpegun mendengar ceramah tersebut. Segelintir pmpuan muslim zaman sekarang memberi alasan belum bersedia memakai tudung sedangkan isu ini sejak dahulu lagi. Namun masih mgunakan alasan yang sama. Saya sendiri mengingatkan diri ngan teman2 sekalian untuk bersama2 perihatin dengan masalah ini.

 Tiap manusia sering melakukan kesilapan begitu jgk ngan saya..Kadang2 kita lupa sapa kita kerana betapa asyik dengan dunia yang sementara. Tiada manusia yang sempurna kerana sekiranya ada manusia yang sempurna dia bukanlah manusia. Ketahuilah Ketidaksempurnaan itu adalah sempurnanya seorang manusia... mari kita saling mengingati..

Tuesday, February 14, 2012

Love 4 someone..

 Nie ceta sya share dari teman fb Azliah zai...mohon kebenaran. sebagai renungan bersama..(^_^)


 
Saya tinggalkan awak kerana Allah..


Tiada cinta yang terlepas dari pengorbanan.. ~

“ Bi, lepas ni Bi tak payah jemput sayang lagi ye.., sayang boleh pergi dan balik sendiri.. “
“Aik kenapa pulak ni.. tiba-tiba je…”
“Tak ada apa, tapi sayang dah tak nak naik motor tu lagi”
Pergh.. ni yang aku menyirap ni.. Motor aku ni pulak jadi punca.. Selalu ok je..
“apasal ni, dah ada sugar daddy nak bagi kereta ke?”
Panas pulak rasa hati ni, Berani pulak dia nak kondem motor aku.. Selama ni, motor aku lah yang bawak dia ke mana-mana.. Mana dia nak pergi, aku bawak.. Ceruk mana pun aku sanggup.. Ni dah lain pulak..
“Bukanlah.. sayang Cuma nak berdikari je..’”

Hari ini hari ahad, seronoknya dalam hati ni, tuhan saja yang tahu.. dah lama tak keluar dengan sayang.. Rindu betul aku dengan dia.. Hari ni tengok wayang.. Yahoo.. dan macam biasa aku tunggu dia dekat depan pawagam.. Dia berdegil nak datang sendiri.. tak mahu aku ambil.. dari jauh aku nampak dia.. Tapi lain sungguh.. Aku terkejut besar.. Diakah itu?

“Assalamualaikum .”
Ya Tuhan.. dia panggil aku ?.. kenapa dengan dia..
“waalaikumsalam.. Sayang.. kenapa ni?”
Aku pandang dia atas bawah.. Ternyata dia telah berubah.. Dia berhijab!. Dan aku sangat terpesona melihat indahnya dirinya lain dari yang aku selalu lihat..
Dia senyum.. dan dia tertunduk.. Malu barangkali melihat aku yang terpana melihat dia..
Aku juga terdiam.. Dalam hati penuh dengan tanda-tanya.. Aku mula berkira akan bersoal jawab dengan dia selepas habis menonton wayang sebentar lagi.. Ingin sekali aku rungkaikan segala bersarang dalam hati ini..
“dah jum kita masuk dalam”
Kata aku seraya menggenggam erat jemarinya… Dan aku terkesima tatkala dia menepis dan menarik laju jemarinya yang ku genggam.. dia tunduk dan menggeleng. Aku bertambah panas dan mula sangsi melihat keadaanya yang begitu..
“sayang.. salah apa yang bi buat ni.. kenapa dengan sayang..?”
“, kita masuk tengok dulu cerita ni.. nanti saya ceritakan”
Aku diam.. aku melangkah masuk dalam pawagam dengan keadaan yang sudah tidak terarah.. hatiku diulit bimbang.. dah kenapa pula dengan dia ni.. ada boyfriend baru ke.. dah tak sayang aku ke? Penuh tanda tanya dalm kepala aku ni..
Dan dia melangkah membontoti aku ke dalam..
Suasana sejuk dan sunyi dalam wayang tidak mampu membuatkan aku tenang.. Aku diam.. dan dia diam.. Ingin sekali aku menggenggam erat jemarinya, seperti selalu yang aku lakukan.. Ingin sekali aku membelai lembut rambutnya tatkala dia melintuk dibahuku.. Sungguh! Aku rindu.. Dan aku yakin sekali. Dia tidak akan berbuat demikian kali ini.. Mengapakah?...

Sebaik melabuhkan punggung di restaurant sambil menghirup Milo panas, aku sudah mula membuka minda dan hati untuk mendengar penjelasan darinya..
Dia?.. Dia hanya diam dan sesekali tunduk menguis jemarinya..
“Saya harap ini kali terakhir kita berjumpa.. “
Pendek, ringkas tetapi ia membunuhku..
“Sayang… apa yang bi dah buat ni.. tolonglah jelaskan.. jangan bagi bi mati terkejut macam ni,,”
Aku semakin tidak faham.. Lakonan apa yang sedang dia mainkan..

“Saya tinggalkan awak kerana Allah”
Pendek, ringkas dan membuatkan jantungku berhenti berdenyut!
“Jika benar awak menyayangi saya, berubahlah.. Ikuti jalan yang benar.. terlalu banyak kesilapan yang kita dah lakukan sebelum ni.. Saya tak pernah menyesal mengenali awak, . Tapi saya menyesal diatas segala kekhilafan kita…
Jika benar awak menyayangi saya.. berubahlah kearah kebaikan.. Datanglah menyunting saya bila awak yakin awak dapat membimbing dan menjadi imam saya kelak.. Jika tidak., lupakanlah saya.. Kerana saya bukan yang awak kenal dulu…
Maafkan saya … Saya terlalu menyayangi awak.. Terlalu sayang.. Tapi saya terpaksa tinggalkan awak demi kebaikan bersama.. Saya tinggalkan awak kerana Allah..”
Saat itu aku terasa seperti Petir berdentum ditelinga.. Seperti panah menikam dada.. Seperti pedih tersiat luka..
Tanpa aku sedari, airmata jantan ini meleleh.. atas dasar apa.. aku sendiri tidak pasti.. Ku raup mukaku sendiri.. Masih lagi terngiang-ngiang ditelingaku apa yang diperkatakan Lea semalam..

~saya tinggalkan awak kerana AllaH~
Dan aku juga akan berubah kerana Allah, … Jatuh lagi airmata ini.. Ya Tuhan, ampunkan diri ini

Kau Pilihan Hati


  Tiap manusia mempunyai rasa cinta...tak kirala cinta kita di balas atau tidak. Hati sukar untuk di tafsir sebab kalau hati dah cinta payah mengubahnya. oleh kerana aq suka bca puisi n melihat komen kata2 madah kt internet aq terjmpa lak kata2 nie kat fb tersentuh lak hati nie.
 

1] Orang yang mencintai kamu adalah kerna Allah s.w.t dan tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu kamu adalah pilihan hatinya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,’Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.