Monday, September 15, 2014

Aku bukan Sang Cinta

Aha puisi CINTA-CINTAN lak kali ni :p



Destinasi cinta yang ku cari
sebenarnya terlalu hampir
hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
yang lahir dari wadah yang alpa
tiada tenang ku temui
hanya kecewa.....Menyelebungi

Bila aku sang cinta, semuanya indah, 
perjalananku, aktivitiku, kehidupanku, diriku
semua menjadi indah di matamu.

Bila aku sang cinta,
aku belajar untuk mengenal erti sebuah perasaan PELIK
yang dulu tidak ku endahkan demi sebuah kejayaan

Bila aku sang cinta
aku mulai sedar aku banyak kekurangan
yang mungkin bole kau lengkapi dengan
lahirnya satu perhubungan.

Bila aku sang cinta
perubahan mula terasa 
usaha, cinta dan kebahagiaan wujud di mana-mana
ITUKAH CINTA?

Namun kini...
aku bukan lagi sang cinta.

Aku bukan sang cinta..
hanya kerana kekuranganku yang penuh warna
hanya kerana sifatku yang lemah dan suka merendah diri
hanya kerana aku peduli siapa dirimu.
salahkah itu?

Aku bukan sang cinta..
kerana dunia kita yang berbeza
kerana mungkin saat ini aku tidak berkerjaya
kerana mungkin aku bukan terbaik
kerana mungkin aku membuat dirimu terlalu berfikir
kerana mungkin kata-kataku terlalu bosan didengari
kerana mungkin aku terlalu menyusahkan dirimu
kerana mungkin aku tidak padan denganmu

MANA SATUKAH ANTARA MUNGKIN?

Melupakan itu berat bagiku
bukan mudah sekelip mata melupai
kerana perasaan bukan mudah diubah
jika berlaku, Itu Bukan Cinta.
mengertila..

Aku Bukan Lagi Sang Cinta
maka aku tidak layak lagi 
memikirkan dan mengetahui keadaanmu
jika mampu aku akan pergi jauh-sejauhnya 
Ku doakan moga kau bahagia
bertemu Sang Penyejuk Hati yang kau cari-cari selama ini
kau katakan aku seorang yang tabah dan istimewa
sebenarnya aku sedar tentang itu..kekuranganku adalah Penawar
aku mampu melangkah saat ini.
Kau salah bila katakan aku yang Lepaskan hubungan
Aku fikir kau BERBEZA

I TAKE YOU.. did u remember?

16 augst..
ingatla yang baik-baik tentang diriku :)